31.5.16

Family Day Kawan-Kawan Di Penyabong

Assalamualaikum semua


Hari ni saya nak share pasal trip percutian singkat di penyabong. Kenapa singkat? Sebab kami duk sana 2 hari 1 malam je. Best ke tak best? walaupun singkat masanya, memang best. semua orang join together dari sebelum trip sampailah mengemas nak balik.

ni lah family kawan-kawan yang join..ada jugak yang singgah aje tu

Apa yang penting, kerjasama!


Ok kat mana lokasi tu

Kitorang bermalam kat Warisan Penyabong Resort. Kalau nak bermalam kat sini anda boleh booking dulu dan pembayaran deposit diperlukan. bank in je.


Kitorang sewa sorang 1 rumah..sebiji sorang tau..memang selesa lah.Anak2 boleh lari sana sini kira oklah tu..ridset disediakan kalau nak bunuh nyamuk..hehe

Tv dengan astro njoy disediakan. maka taklah boring sangat..kettle pun ada untuk masak air



boleh tengok kat situ rumah sebijik sebijik

Baiklah sesape yang nak try skill baru untuk berenang bolehlah..kolam ada disediakan..ikut koranglah kalau nak buat kuak lentang ke, renang irama ke..untuk kanak2 pun ada..berendamlah lama mana nak..


sesi berendam..











Kat sini kalau korang nak memasak sendiri pun boleh. dapur ada disediakan. ada dikenakan bayaran sewa sikit..tak mahallah..masa ni kami dapat free je..bolehlah nak ber BBQ ke kan..peralatan masak yang disediakan dapur gas dan tong gas, tempat BBQ jugak ada disediakan. 

Jadi yang lain-lain tu kenalah bawak sendiri. Tempat masak open..macam bercamping je rasanya..beza moden sikit pakai dapur gas..seronok sekali sekala berkumpul macam ni kan.


ni tempat bbq..kaum adam yang membakar segala ikan, sotong, ayam dan jagung


sampai maghrib baru siap masak..


Antara habuan kami malam tu..banyak jugak lebih..banyak sangat kot..

Jangan risau..jagung bakar pun ada..ni gambar sebelum pembakaran..hihi

Then mereka yang berminat untuk aktiviti kayak boleh lah berkayak..ada disediakan..kayuhla sendiri kat dalam tasik tu..bukan kat laut ye..saya tak sempat berkayak sebab anak dah ngantuk..time tido dia..so baliklah ke bilik..

nak experience berkayak bolehlah try


Lagi kalau nak memancing kat tasik tu pun boleh..ade je ikan. kawan kitorang dapat ikan haruan masa trip hari tu..dah buat lauk makan tengah hari..


gambar pancing ajelah..team boboy sume memancing waktu malam..so takde gambar..

Jadi jika anda bekenan nak pergi bercuti sambil masak santai2 bolehlah ke sini..yang penting sume orang take part dalam semua aktiviti sampaila masa nak balik..baru best kan. 

gazebo tu boleh la tempat nak lepak2, makan2

gambar ramai-ramai macam ni dah nak balik pun
InsyaAllah ada rezeki ke tempat lain pula..mungkin boleh buat aktiviti begini dengan family sendiri pulak ke..mana tahu kan..


Meh saya promote sikit sesape yang nak ke sini..ok itu saje perkongsian kali ni..sekian..


No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com