17.5.16

VITILIGO : Penyakit Sopak Dan Rawatan Alternatifnya

Assalamualaikum semua..



Penyakit sopak jarang kita dengar pada ketika ini. Namun kita sedia maklum  bahawa penyakit ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi. 

Jika kita ingat sekiranya dapat tahu seseorang itu terkena penyakit sopak dia akan dipulaukan kerana penyakit itu akan berjangkit dan tiada pula penawarnya pada ketika itu. 

Ini pemahaman orang zaman dahulu..Sebenarnya penyakit kulit ini tidak berjangkit.

Hari ni saya sengaja memilih untuk menulis tentang tajuk ini kerana penyakit ini masih lagi wujud dan sebagai ilmu tambahan kepada kita semua.






Apakah Penyakit Sopak?

Sopak atau dalam bahasa perubatan dipanggil vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan pengidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen.

Tanda-tanda Penyakit Sopak

  • Timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit, tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut dan bulu seperti kening, bulu roma dan sebagainya. selain itu rambut juga boleh bertukar ke kaler putih.

Punca Penyakit Sopak


  • Punca sebenar penyakit sopak masih belum dapat diketahui sehingga ke hari ini. Namun para doktor dan penyelidik masih terus membuat kajian untuk mengesan punca-punca penyakit itu.


  • Sopak terjadi akibat daripada penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di bahagian kulit pesakit dan menyebabkan kemusnahan melanosit tersebut. Kemusnahan melanosit akan menjejaskan penghasilan pigmen  di kawasan yang terlibat dan menyebabkan kulit tiada warna (pigmen)



  • Berpunca dari masalah pigmentasi, yang mana sel-sel yang menghasilkan pigmen, iaitu melanosit, dirosakkan oleh antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri.

Siapa yang berisiko?


Kebanyakan kes yang melibatkan penyakit sopak ni sering berlaku tanpa mengira usia atau pun jantina.


Gejala penyakit Sopak

Penyakit Sopak tidak berbahaya dan tidak mengancam nyawa namun penyakit ini sangat memberi kesan dari segi psikologinya sekiranya ia berlaku di bahagian yang tidak boleh ditutup seperti muka. 

Keadaan ini menimbulkan perasaan rendah diri, malu dengan keadaan mereka.

Tompokan putih yang jelas dan sangat kontra dengan kulit pesakit akan menimbulkan rasa rendah diri pesakit sopak tersebut.


Rawatan Penyakit Sopak.

  • Rawatan  first line ialah dengan menggunakan krim yang mengandungi bahan immunomodulator yang akan mengurangkan atau memberhentikan kerosakan melanosit yang disebabkan oleh antibodi. Ini sekaligus memberi peluang untuk pigmen kembali mewarnai tompokan yang terlibat.
  • Rawatan foto terapi iaitu rawatan yang menggunakan pancaran cahaya ultra violet juga boleh dilakukan di hospital-hospital yang mempunyai kemudahan tersebut.
  • Rawatan laser excimer dan rawatan pembedahan yang melibatkan kaedah pemindahan sel kulit atau melanosit yang yang diambil dari kulit normal pesakit itu sendiri.

Rawatan penyakit sopak ini memakan masa sehingga berbulan-bulan dan mungkin bertahun lamanya dan pesakit harus faham akan hakikat ini.


Kini terdapat suplemen yang boleh membantu merawat penyakit Sopak iaitu vivix dan ESP. 


Sopak bukanlah penyakit albino atau panau. Oleh itu jika terdapat tompok putih pada wajah dan anda ragu-ragu tentang perkara itu, maka tindakan segera perlu di ambil supaya ianya dapat dipastikan sama ada sopak atau penyakit kulit yang lain. 

Penyakit sopak ini boleh menyerang beberapa kawasan badan secara serentak atau secara berperingkat-peringkat.

Nota : Melanosit adalah sel yang terletak di bahagian paling bawah pada epidermis kulit yang menghasilkan melanin iaitu sejenis pigmen.

Testimoni 1

Ini adalah testimoni pesakit sopak atau vitiligo yang telah mengambil beberapa vitamin shaklee
" happy wednesday! I had to share jose's happy story! enjoy!jose has an autoimmune disease called vitiligo dan its attacks his skin pigment. Look at the difference in his skin after using shaklee. His body is truly healing from the inside out, he takes the shaklee nutrition daily and it is working, vitalizer, vivix, protein, nutriferon and vitamin B complex."





Testimoni 2


" .....it is vitiligo..just right below my cheek!.Vitiligo tu macam skin tiba-tiba discoloured because depigmentation..I google2 and found one cream tak ingat nama dia, so since the cream takde di Malaysia, so I order dari adik kat german.(tapi sampai sekarang lum try sebab lum sampai)So meantime, I just consistantly take ESP-soy protein from shaklee.After almost 1 canister, I perasan that skin discoloured tu almost gone!! tapi I buat2 tak tahu dulu..mungkin just perasaan diri sendiri..Sampaila my husband and ofismate tegur pasal skin complexion..Apa yang I boleh cakap, just ucapan Alhamdulillah..This is a true story..But I do admit...Ini hanyalah personal experience and not scientific based. So saya tak tau nak expalin scientifically..Tetapi saya sudah merasa kelainannya.."

ESP sangat membantu untuk pertumbuhan sel-sel yang baru dan juga vivix dengan ramuan botani juga membantu memperbaiki dan memperbaharui sel-sel yang telah rosak. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi ami.



Semoga bermanfaat..







Nak beli online dengan kad debit/kredit..klik sini untuk vivix sahaja

Untuk pembelian ESP klik sini



Jika mahu beli kedua-duanya..klik sini






No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com