Resepi Penyusuan Susu Ibu

Resepi Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum




Penyusuan eksklusif biasanya adalah selama 2 tahun. tempoh ini juga disarankan oleh agama kita.

Memang menjadi impian ibu ibu nak df  (direct feeding) anak selama 2 tahun kan.

Saya pun tak terkecuali.

Sedih kalau kenangkan pengalaman semasa anak sulong.

Sebab cetek pengetahuan pasal penyusuan saya tak berjaya df anak sepenuhnya.

Semangat kene kuat kalau memula tu anak tolak df

Time tu saya memang dah redha sebab setiap kali bagi dia tak nak nangis nangis

Silapnya saya dah bagi dia minum susu tepung pakai botol, dia dah nipple confius
tu satu hal la. tak pulak saya pam susu untuk bagi buh dalam botol.

Jadi nasihat saya untuk ibu ibu yang hadapi masalah penyusuan
dapatkan ilmu dari nurse ke pakar laktasi, dari group penyusuan di FB dan sebagainya.


Sekurang kurangnya kita dapat mencuba sedaya upaya dan lebih bersemangat untuk meneruskan niat nak menyusukan anak selama 2 tahun.


Bila disahkan preggy yang kedua, saya memang dah nekad tak nak gagal lagi.

cukupla sekali je gagal.

Memang dah prepare dari segi ilmu, mental sampaila baby dah lahir memang terus kita df dan dia terima.

Perasaan memang tak dapat nak kabar la.

Punyalah suka. bahagia rasa anak df dengan sempurna. Dan df berterusan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Semoga berterusan sehingga usianya 2 tahun. Amin

Saya juga memahami ibu yang mempunyai masalah susu drop, susu kurang, susu tak meriah.

Makan dah suplemen bagai tak menjadi jugak.

Pakar laktasi memang remind banyak kali back to konsep demand vs supply. Konsep ni adalah basic kepada milkbooster.

Cakap pasal milkbooster pulak. Makan Banyak juga merupakan milkbooster tau. usah dilupa minum air banyak ye. 

Suplemen adalah agen penggalak supaya susu ibu pekat atau meriah.

Antara suplemen yang pernah saya amalkan adalah ESP dan alfalfa. alhamdulillah memang banyak susu.

Namun air kene minum banyak juga baru susu turut meriah.


Jadi kita kene sentiasa ikhtiar untuk lengkapkan penyusuan selama 2 tahun. Minda pun set positif supaya kita terus bersemangat bagi menjayakan penyusuan anak kita.

InsyaAllah.

" feel the moment"



amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com