Pengalaman Labour Room Yang Singkat

Pengalaman Labour Room Yang Singkat

Assalamualaikum



Terima kasih kerana sudi bersama saya untuk entry yang ke sekian kali

Penting nak ucap terima kasih ni

Sebab tak semua boleh luangkan masa untuk baca entry

Ami nak cerita pengalaman bersalin kali ke Dua

Ami rasa macam sangat singkat masanya.

Segalanya berlaku secara tiba tiba

Percaturan Allah sangat baik

Dia beri kita hint sebelum nak bersalin

Sama ada turun darah, turun air ketuban atau sakit contractions.

Pada 12 Jun 2017
17 ramadhan nuzul quran

Ami dah rasa sakit contractions start pukul 10 pagi

Kemudian jam 11 pagi

Sambil2 tu ami buat kerja rumah macam biasa

Memang dah cuti sebab nak ngemas rumah

Walau tak beraya sakan memang jadi kebiasaan mengemas rumah 💯%

Yang hari lain biasa2 je ngemasnya

Pagi tu dalam kul 10 lebih ada misi datang buat lawatan ke rumah

Dia kata rahim dah rendah.. mungkin tak lama dah nak bersalin

Kalau ikutkan due 18 Jun. Tekanan darah  masa tu 120..bawah tak ingat

Ami wassap suami supaya get ready

Anytime boleh bersalin ni

Sebab contractions sentiasa ada walau tak konsisten

Tandanya belum turun

Kalau anak sulong turun darah.. memang terus ke hospital

Sebab anak first memang ada experience sakit contractions ami boleh agak bila perlu ke hospital

Jadi kerja mengemas berjalan seperti biasa

Petang tu selesai solat asar kami pergi ke bazar

Sebab melayan sakit contractions kami decide tak yah masak

Beli je lauk kat bazar ramadhan

Biasanya ami masak nasi awal. Tapi hari tu masak balik nanti je..sempat je

Dah sampai kat bazar..ronda ronda cari juadah

Ami beli air kelapa
Beli lauk sambal sotong

Suami beli air tebu
Lauk ayam kurma

Abang izz beli air tembikai

Sebenarnya masa ronda ronda beli juadah ni sakit contractions dah makin kuat

Tapi ami relax..harapnya boleh tahan selepas berbuka

Masa beli lauk pun takde selera dah. Sebab sakit makin kuat

Sampai ke kereta sakit semakin kuat..

Nak duduk pun tak senang

Bila kete benti. Masa tu suami nak tunggu kawan dia..ami kua kete jalan2

Sebab nak kurangkan rasa sakit. Sampailah dah takle tahan

Ami cakap..dah tak boleh tunggu.. terus gerak ke hospital muadzam

Hospital paling dekat.. dalam kereta terjerit juga la

Ami kawal pernafasan
Guna teknik pernafasan untuk legakan sakit

Sebenarnya teknik tu pun cepatkan bukaan..

Rasanya sekejap je dah sampai hospital

Sampai je terus berjalan ke labor room

Di offer kerusi roda tapi ami cakap nak jalan je..

Baring atas katil cek bukaan dah 10 cm

Terkejut gak ami..staff nurse kabo dah boleh teran

Bila masa dia pecahkan ketuban tak tau la

Sempat mereka tanye nak panggil suami tak

Ami cakap tak yah sebab tak sempat dah..lagi pu tadi kami bertiga dengan anak kecik

2x teran lahirlah puteri ramadhan. Syukur alhamdulillah

Kelahiran kali ni dipermudahkan. Syukur sangat

Ami tak sempat nak tukar baju hospital, ctg bagai tak sempat belaka

Dah bersalin mintak inform suami balik dulu sebab dia pun belum makan

Berbuka air je agaknya.. jantina dirahsiakan pada suami

Dah siap ke wad..dalam kul 9 malam suami masuk untuk azan dan iqamat puteri kami

Tak sangka sepantas tu kejadian ni berlaku..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana permudahkan proses bersalin kali ni

Agak2 serik tak nak bersalin lagi

Ada rezeki boleh beranak lagi..lain pula jalan ceritanya


Semoga anda pun dipermudahkan bersalin nanti..amin

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com