4 Tips Mudah Untuk Berubah

4 Tips Mudah Untuk Berubah

Assalamualaikum


Pada ketika ini perkongsian saya berbeza sikit. Bukan tentang hal ehwal kesihatan. Tetapi tentang berubah.

Saje je nak share tentang diri kita. Nak ubah diri kita dari kurang baik kepada yang lebih baik. Sikit je. 4 tips sahaja. Tips ni saya dapat dari ceramah seorang ustaz tersohor tanah air. Jadi saya rasa nak share kepada sahabat semua.

4 tips mudah untuk berubah

  • berazam dan bersungguh-sungguh untuk berubah. memang dari dalam hati telah bersungguh nak berubah, nak bertaubat. nak tinggalkan dosa yang pernah dibuat selama-lamanya. walaupun datang ujian supaya masih dalam dosa. tapi kuat menolak untuk pergi ke arah kebaikan. ini baru dikatakan berazam sungguh.
  • tiada sifat bongkak takbur. nak berubah mesti buang jauh-jauh sifat ini. mudahnya orang bongkak dengan pujian, bangga dengan kekayaan.. yang tak kaya pun boleh jadi bongkak. nak berubah tapi masih bongkak..jauh sekali nak dapat lorongan ke arah kebaikan. susah nak dapat hidayah Allah.
  • tempat tinggal kita. jika persekitaran banyak maksiat, kawasan banyak orang buat dosa memang payah nak berubah. perngaruh tak baik sangat kuat. jadi kalau sekarang tinggal di kawasan yang penuh dosa dan banyak buat maksiat kepada Allah memang kene pindah ke tempat lain.
Nak cerita tentang satu hadis..menceritakan tentang seorang lelaki yang dah membunuh 100 orang nak berubah..nak bertaubat. 

Saya pendekkan cerita dia jumpa sorang tok guru dia kata nak berubah.. tok guru dia tanye tinggal kat mana..lelaki itu diberitahu supaya pindah jika dia betul2 ingin berubah..kira pindah ke kampung lain yang ramai orang baik. Sebab tempat tinggal dia sekarang banyak orang buat maksiat, buat dosa.

Jadi lelaki itu pun pindahla..dalam perjalanan nak pindah tu malaikat maut ambil nyawa dia. tak sempat nak bertaubat pun. baru nak pindah. maka turunlah sama2 malaikat maut 2 kumpulan malaikat. 1 kumpulan dari syurga 1 kumpulan dari neraka.

Nanti kita mati satu kumpulan malaikat je datang bersama dengan malaikat maut.. salah satu je tau. kisah ni cuma nak kita semua sedar tentang hidayah Allah..

ok sambung. Dua kumpulan malaikat berebut la nak amik roh lelaki tu tadi.. sampailah mereka diarahkan mengukur jarak kematian dari tempat jahat dengan tempat baik yang dia nak pindah tu. jarak dia sejengkal je lebih ke arah tempat baik. 

maka malaikat rahmat dari syurga ambil roh lelaki yang bunuh 100 orang tu. kisah ini nak tunjuk kat kita semua betapa kalau kita betul nak berubah jadi baik. Allah akan lorongkan kita ke arah itu.
siapa kawan kita. kawan yang selalu ngajak ke syurga ke kawan yang selalu ngajak ke tempat satu lagi. kawan baik kita bagaimana orangnya. kalau pun bukan kawan suka pergi masjid sekurangnya dia bukan ajak kita buat dosa atau buat benda yang tak baik..


  • last adalah siapa kawan kita. ramai kawan kita itu banyak mengajak ke arah kebaikan atau tak. contoh ye ada sorang kawan kita rajin ke masjid. sedikit atau banyak dia akan mengajak kita menghadiri ke program di masjid. kalau 10x dia ajak mungkin 1x kita pergi. okla kan alhamdulillah..pengaruh yang baik. dalam keadaan terpaksa kita berubah itu bagus!

wallahua'klam

sekian perkongsian saya kali ini. Moga bermanfaat.



amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com