Beg Simpan Susu Yang Murah dan Cantik

Beg Simpan Susu Yang Murah dan Cantik



Beg susu yang murah dan cantik memang jadi idaman. 

Tapi yang paling penting adalah susu yang kita simpan selamat dan tahan lama sebelum sampai ke peti ais rumah.

Saya beli beg ni pun masa tu baru mula kerja. 

Memula tumpang peti ais orang. maklumla tempat kerja dekat ngan umah sedara. pastu fikir kalau dorang takde kat umah mana nak simpan.

Maka saya pun servey la pelbagai beg susu.

servey punya servey dapatlah beg milkplanet ni. harga memang mampu milik. Cuma RM49 belum masuk cas pos.

Pastu saya terus beli ice pack 3 pack jenama jingle jungle kalau tak silap. harga 3 ice pack ni RM20.00


Saya beli beg milkplanet ni kat kedai kecil DL..boleh cari kat fesbuk ye.


Beg simpan EBM ni memang memudahkan kita yang ibu bekerja ni nak simpan stok susu ibu perahan. Ada dua bahagian.

Dua-dua boleh guna. Tapi saya guna yang atas isi pekakas pam, milk storage, pen dan sticker. Yang belah bawah simpan susu.

Saya pam 3X je kat tempat kerja memang menepati 2-3 jam sekali.

Doakan saya berjaya menyusukan anak saya sehingga 2 tahun.

Saya juga mendoakan anda juga berjaya..Aminn...


amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com