27.5.16

Lepas 2 Minggu Kesan Sakit Epidural Hilang!!

Assalamualaikum semua..

Sakitnya nak bersalin...semua ibu bersalin di luar sana pasti pernah alaminya..mungkin yang membezakannya adalah tempoh masa sakit sahaja. 

Seperti yang kita sedia maklum suntikan ubat tahan sakit akan diberikan untuk mengurangkan rasa sakit nak bersalin..(walaupun sebenarnya rasa sakit jugak kan)..

Tetapi epidural berbeza..ia menghilangkan rasa sakit nak bersalin tu!

Suntikan epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan ketika bersalin. Kira-kira lebih 50% wanita mengambil suntikan epidural untuk hilangkan rasa sakit ketika bersalin..

Suntikan epidural ini diberikan atas permintaan ibu dan ianya disuntik di bahagian tulang belakang ibu. Suntikan epidural yang biasa diambil oleh ibu adalah epidural anestesia. 


Suntikan epidural ini merupakan satu teknik memasukkan ubat bius yang disuntik melalui tiub (catheter) ke dalam ruang epidural pada tulang belakang. 

Suntikan bius ni akan menyebabkan kehilangan deria rasa (kebas) dan dapat menghilangkan rasa sakit, dengan menghalang pergerakan isyarat saraf pada saraf tunjang. 

Jadi inilah suntikan yang biasa digunakan untuk hilangkan rasa sakit bersalin secara normal atau melalui pembedahan.


Kelebihan Epidural

  • Ibu lebih tenang semasa proses kelahiran dan semasa meneran bayi
  • Oleh kerana ibu tidak stress dan panik, ibu boleh mendengar arahan dengan baik
  • Otot rahim akan mengecut dengan lebih baik lagi dan kurang risiko pintu rahim tidak membuka dengan baik seperti yang dijangkakan

Keburukan Epidural

  • Boleh menyebabkan tekanan darah ibu menjadi rendah dan jika ianya tidak dikesan boleh mengakibatkan bayi lemas dan ibu harus dibedah segera.
  • Ibu hilang kawalan pundi kencing kerana lepas bius ibu dah tak dapat rasa nak kencing. oleh itu ibu harus dipantau supaya pundi kencing tidak terlalu penuh yang mana akan mengganggu proses bersalin atau boleh mencederakan bayi ketika proses kelahiran
  • Saraf boleh rosak akibat tusukan jarum secara tidak sengaja semasa prosedur dijalankan sehingga menyebabkan ibu lumpuh (kes ini jarang berlaku)
  • Jika pintu rahim terbuka sepenuhnya, akibat kebas di bahagian pinggul dan ke bawah, ibu jarang dapat meneran bayi keluar secara efisien. teknik forcep atau vakum boleh digunakan untuk membantu bayi keluar.
  • Merasa sakit pinggang selepas melahirkan anak. Bergantung kepada individu..ada yang sakit tempoh masa yang singkat atau panjang dan juga mungkin tiada rasa sakit langsung.

Bila suntikan epidural boleh dilakukan

Epidural akan diberikan setelah pintu rahim terbuka 4-5 cm dan ibu berada dalam keadaan fasa aktif proses kelahiran.


Apakah keberkesanan epidural dalam proses kelahiran

Epidural mungkin melambatkan proses kelahiran bayi dan membuatkan kontraksi menjadi lemah. 

Jika ini berlaku ibu akan diberikan ubat pitocin untuk membantu mempercepatkan proses kelahiran.


Kesan sakit epidural ini boleh dihilangkan dengan mengamalkan suplemen sperti vivix. 

Ianya akan membantu ibu supaya lebih tenang dan selesa untuk menguruskan bayi anda dalam tempoh berpantang. 

Jom saya kongsikan testimoni ibu berpantang yang mengambil vivix untuk hilangkan rasa sakit epidural.



" Eh..vivix memang bagus tau..sebab apa bagus..sebab kesan sakit epidural saya dah hilang..tak rasa ngap ngap sakit dah..selesa bangun malam menyusu baby..memang perasan lepas 2 minggu minum vivix..just pagi sesudu kecik je..memang tak sangka..Amat berbaloi..Akhirnya."

Sekian semoga bermanfaat ye kepada semua..untuk sebarang pertanyaan boleh je hubungi saya..




No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com