7.5.16

Bagaimana Gout Terjadi Dan Apakah Rawatannya

assalamualaikum semua.

Semoga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..Amin.

Cerita kita hari adalah tentang penyakit gout.

Apa penyakit gout ni?

salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh penggumpalan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis) khususnya ibu jari kaki. 

Istilah gout ni berasal daripada bahasa latin, "gutta yang bermakna 'setitis' disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gour diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
pesakit yang mengidap gout akan mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. 

Fenomena gout di Malaysia.

  • merupakan penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Penyakit ini sudah menular dengan rancak dan yang paling ramai menghidapinya adalah kaum lelaki berusia dalam lingkungan 40-an. Namun ada juga kes gout yang menyerang lelaki yang berrusia seawal 30-an. 

Apakah tanda dan gejala Gout pada sendi kaki


Gambaran klasik gout adalah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi.

pesakit mungkin mengalami demam suhu rendah dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit. Walaupun hanya disentuh dengan lembut.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun sakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.

Apakah Punca-punca Gout?

  • Kurang minum air putih atau air masak
  • Suka makan kacang putih, kacang bergaram, kacang tanah
  • Suka makan buahan jeruk
  • Suka makan mee segera
  • Suka sangat minum nescafe, sunquick
  • Suka sangat minum teh dikedai
  • Suka sangat makan jambu batu dan tembikai termasuk tembikai susu
  • Suka sangat minum milo (apa2 coklat seumpamanya
  • Suka sangat makan mee kuning dan tori canai
  • Suka sangat makan makanan laut
  • Suka sangat makan painkiller
  • Suka sangat makan kari
  • Suka sangat makan cendawan
  • Tak suka makan sayur
  • Suka sangat makan junkfood dan fastfood
  • Memakan suplemen tanpa nasihat doktor

Gout dan Fruktosa

  • Bukan faktor pemakanan protin sahaja menjadi punca kepada masalah gout. Ini kerana ramai antara pengidap gout meskipun berpantang makan tetap juga mendapat serangan. Selain protin, pengambilan minuman beralkohol, minuman bergula tinggi dan makanan proses yang menggunakan pemanis sirap jagung berfruktosa tinggi (HFCS), adalah antara penyebab utama gout. Pada tahun 1960-an sirap jagung mula diekstrak di Amerika. Ia di promosi sebagai gula yang lebih sihat dan lebih manis berbanding gula biasa. Tetapi saintis berjaya membuktikan bahawa sirap jagung adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit. 

  • Terdapat peningkatan ketara insiden penyakit gout ini sejak beberapa dekad lalu terutama di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sejak peningkatan penggunaan minuman berkarbonat, minuman jus dan minuman bergula terutamanya sirap jagung berfruktosa tinggi. Fruktosa berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi gout. Fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi gout. Fruktosa juga tidak dapat dipecahkan kepada tenaga dan diproses sebagai urik asid. Selain itu ia juga mengganggu hormon dopamine dalam otak hingga menimbulkan rasa ketagihan kepada fruktosa berlaku. 


  • Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini punca terjadinya sindrom metabolik dan menyumbang kepada kencing manis. Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada ‘pantang’ makanan berprotin seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya tanpa nasihat supaya mengawal minuman bergula, buah-buahan manis serta jus yang mempunyai kandungan fruktosa tinggi. Fruktosa ialah satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Sumber : akhbar utusan



Secara kesimpulannya  Gout berpunca dari amalan pemakanan dan juga minuman yang tidak terkawal..jadi bagi mereka yang pernah sakit-sakit kaki tu cepat-cepat cek dan semak semula amalan pemakanan harian anda. 

Tentang makan supelemen pun adalah penyebabnya, usah risau dengan shaklee sebab kalau terlebih ambil pun ianya tidak disimpan dalam badan. akan dikeluarkan melalui proses perkumuhan..so tak perlu kerana sumbernya adalah semulajadi.


Pencegahan


  • Rehatkan sendi semasa serangan gout
  • Ubat-ubatan anti radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun amat berkesan, ia boleh diambil melalui Preskripsi doktor) selain steroid
  • Lazimnya ccecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika pengidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun ia tisak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Menjaga berat badan -penting sebab berlebihan berat badan boleh menggangu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Elak mengambil makanan laut dan kekacang dengan banyak kerana tinggi kandungan purin nya(sejenis protein yang tinggi)
  • Ubah gaya hidup anda untuk memastikan paras asid urik normal (minum air banyak dan bersenam)
  • Menjaga berat badan - adalah penting kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • hentikan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi fruktosa atau pemanis sirap jagung kerana ia adalah antara agen perosak hormon yang merbahaya. Oleh kerana kewujudan pemanis ini adalah secara tersorok dalam makanan, pastikan anda membaca label terlebih dahulu.

Kesimpulannya jika telah terkena gout, di samping mengawal pemakanan dan minuman serta membuat rawatan doktor, anda boleh juga mengamalkan suplemen vivix yang boleh membantu anda sembuh dari gout. sekurang-kurangnya jika anda telah mengambil dos streroid mungkin ia akan dikurangkan atau mungkin juga anda tidak perlukannya satu hari nanti..



Testimoni 





" sebelum apak ke jepun, saya supply apak saya dengan berbotol-botol vivix..kesian lah tengok asyik bertongkat aje bila nak berjalan. Tapi alhamdulillah lepas amalkan pagi dan malam, tengok ha, sakan tak apak ai..Tongkat pun langsung tak bawak tau..Tiap hari minimum jalan kaki 15 minit..Vivix ni pulak, cuba tengok, cara mana serasi dengan kita..Macam apak saya, kalau simpan dalam fridge minum sejuk, nanti batuk datang. tapi kalau simpan kat luar, minum, alhamdulillah its getting better.."


Semoga bermanfaat untuk kita semua..jom hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan..













No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com