10.5.16

VERTIGO : Tanda-Tanda Dan Gejala Penyakit Vertigo

Assalamualaikum semua..
Ceritanya hari ini adalah berkenaan dengan penyakit vertigo. Apa maksud vertigo? 

Dalam bahasa latin : Verto iaitu bermaksud pergerakan berpusing-pusing. Suatu keadaan di mana pesakit mengalami persepsi pergerakan dengan tidak betul (biasanya pergerakan pusing) kerana disfungsi vestibul. 

Keadaan ini kerap berhubung kait dengan nausea dan permuntahan serta gangguan keseimbangan yang menyebabkan kesukaran untuk berdiri dan berjalan.


Jenis-Jenis Penyakit Vertigo

  1. Vertigo Ocularis - Rasa berpusing-pusing akibat gangguuan saraf di sekitar organ mata
  2. Vertigo nocturna - pesakit berasa seolah-olah akan terjatuh semasa hendak tidur
  3. Vertigo laryngea - tubuh rasa berpusing-pusing akibat daripada serangan batuk
  4. Vertigo epileptica - Keadaan berpusing setelah mengalami serangan sawan
  5. Vertigo positional -  serangan vertigo mendadak yang menyerang kurang dari satu minit. Berlaku apabila perubahan posisi kepala contohnya berpaling ke belakang atau ketika hendak bangun dari tidur.


Penyakit vertigo biasanya banyak terjadi pada orang dewasa dan lanjut usia. Pada awalnya penyakit vertigo disertai dengan rasa pusing lalu menjadi lebih teruk. 

Oleh kerana itu bahaya penyakit vertigo perlu diketahui agar kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga sebelum keadaan menjadi lebih parah.


Apa Punca Penyakit Vertigo


Pada awalnya hanya gejala pusing yang biasa. Namun tanpa rawatan awal vertigo biasa boleh  pesakit tidak boleh melakukan pelbagai aktiviti. 

Penyakit vertigo terjadi akibat satu jangkitan yang berlaku pada bahagian dalam telinga. Berikut adalah antara penyebab penyakit vertigo.

  • Gangguan Telinga Dalam

Telinga bahagian dalam berfungsi untuk menyampaikan isyarat khas dari luar lingkungan ke bahagian otak. Kemudian otak akan menerangkan (translate) gambaran suara yang didengar oleh telinga. 

Sistem ini juga membantu tubuh untuk mendapatkan graviti sehingga tubuh berjalan seimbang. 

Namun pada pesakit vertigo sistem ini tidak menjadi normal sehingga pesakit sering pening dan berputar-putar. Keadaan ini sering berlaku kepada orang veteran.

  • Jangkitan Telinga Dalam.
Jangkitan pada bahagian terlinga dalam juga menjadi penyebab penyakit vertigo yang serius. Pada awalnya jangkitan hanya berlaku pada bahagian dalam telinga namun akan merebak ke bahagian organ dalam kepala. 

Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada bahagian dalam telinga dan membuat kepala merasa pening hingga berputar-putar.
  • Trauma Kepala
Orang yang pernah mengalami kemalangan dan menyebabkan trauma pada kepala boleh menyebabkan terjadinya penyakit vertigo. 

Kecederaan yang terjadi pada leher dan kepala yang tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan terjadinya penyakit vertigo pada suatu masa nanti.
  • Penggunaan Dadah Jangka Panjang
Mengambil ubat-ubatan tertentu dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian dalam telinga. 

Kerosakan ini akan menyebabkan vertigo dan gangguan keseimbangan lain. Keadaan ini biasanya akan berlaku tanpa disedari sehingga sukar untuk mencari rawatan yang tepat.
  • Migrain
Orang yang mengidap migrain lebih cenderung untuk mendapat penyakit vertigo. 

Migrain adalah salah satu jenis penyakit kepala atau pening yang terjadi namun pada salah satu sisi kepala sahaja. Migrain harus dirawat segera sebelum ianya menjadi penyakit vertigo.
  • Strok
Gangguan strok pada lanjut usia boleh menjadi pencetus penyakit vertigo. Penyakit ini akan menyebabkan gangguan saraf yang berkaitan dengan keseimbangan pada badan atau fizikal dan penyakit pada otak dan telinga. 

Gejala strok ringan boleh saja terjadi jika vertigo muncul dalam jangka waktu yang kerap.

Penyebab Penyakit Vertigo Secara Umum

Beberapa pesakit vertigo juga boleh mengalami gangguan vertigo tanpa disedari. Antara penyebab umum penyakit vertigo adalah :-
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Pengambilan alkohol dan tabiat merokok yang tegar
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu dalam jangka masa panjang 
  • Gaya hidup yang kurang sihat seperti obesiti, kolesterol tinggi, gula dalm darah tinggi dan kurang rehat
  • kekurangan cecair dan aktiviti yang padat
  • Pelbagai penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah

Gejala Penyakit Vertigo

  1. Rasa sakit kepala yang sangat teruk seperti kepala sakit jika digerakkan ke salah satu arah
  2. Pening yang teruk ketika kepala bergerak atau ketika mahu bangun tidur
  3. Rasa mual ingin muntah
  4. Reaksi mata yang kurang peka kerana jika ada gerakan mendadak maka kepala menjadi lebih pening
  5. Peluh sejuk
  6. Pandangan jadi kabur dan semua objek yang dilihat menjadi dua (double)
  7. Tubuh akan terasa lebih lemah dan sukar untuk melakukan aktiviti 
  8. Nafsu makan menurun dan sukar untuk menelan makanan.
  9. Gangguan pendengaran ketika sakit kepala

Mengapa Penyakit Vertigo ini Merbahaya?

  • Mengancam nyawa
Sekiranya vertigo berlaku ketika pesakit sedang memandu ini akan mengganggu fokus untuk memandu dan jika berterusan ianya akan membahayakan nyawa sendiri dan juga orang lain.
  • Menyebabkan penyakit lain
Boleh cenderung kepada jangkitan ke bahagian otak dan telinga. 

Gejala vertigo boleh menjadi penyebab serius awal kanser otak. Tumor ini adalah berpunca dari sakit kepala yang berterusan.
  • Boleh sebabkan kehilangan pendengaran
Jangkitan pada bahagian dalam telinga boleh menyebabkan kerosakan organ telinga sehingga pesakit boleh kehilangan pendengaran secara kekal. 

keadaan ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pesakit vertigo.
  • Tidak Berupaya Buat Aktiviti
Serangan vertigo boleh terjadi pada bila-bila masa. Keadaan ini boleh mengganggu aktivit harian dan yang lebih penting seseorang itu boleh hilang pekerjaan kerana tidak mampu untuk bekerja dengan baik.

Apakah Pencegahan Dan Rawatan Yang Boleh dilakukan

  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Menjaga pemakanan.
  • Mengurangkan faktor risiko seperti mencegah strok, kolesterol, gula tinggi dalam darah dan diabetes.
  • Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti buah pir, epal, belimbing dan sebagainya.
  • Kurangkan stress.
  • Mengambil suplemen vivix untuk pencegahan serta rawatannya. Ini kerana ramuan hebat dalam vivix mampu melindungi dan membaik pulih sel-sel DNA. Vivix juga melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan.

Testimoni 1


" mak saya vertigo, dah macam2..pergi sensei, homeopathy, hospital masih tak settle..lastly saya bagi vivix kat mak. Alhamdulillah lepas 3 botol mak dah sembuh dari vertigo..sekarang mak maintain vitamin biase je, kebas2 tangan mak pun dah kurang..Alhamdulillah..Simptom pening, tak boleh bangun,unbalance, kepala berdesing je, tak boleh bunyi bising.Dah scan doctor cakap macam ada clot, dah set appoinment untuk operate..tapi tak sempat sebab dah bagi vivix..Alhamdulillah ok "


Testimoni 2 



" Saya nak cerita tentang husband saya ni, sejak dia makan vivix, vertigo dia dah ok. Takde dah rasa pening pening melayang tu. Tak sampai sebotol dia makan, dah tak rasa dah.So dia cakap nak continue je makan since risau bila tengok kawan dia merana kencing manis akibat dulu suka sangat minum air gas dalam tin kat tempat kerja. dahla suami pun suka jugak dulu. Alhamdulillah..Hepi saya dengar dia dah mula ambik supplement. Dah la en husband ni susah makan supplement pil pil..Vivix dia ok! "

Jadi pada sayalah jikalau kerap sakit kepala, pening-pening tu eloklah pergi jumpa doktor untuk rawatan lanjut.


Jangan dibiarkan tau..Jaga pemakanan kita sentiasa..InsyaAllah mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik..Amin.

Jika ada sebarang pertanyaan dan order boleh hubungi saya terus..







No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com