16.5.16

Apakah Penyakit SLE atau Lupus Dan Tanda-Tanda Penyakit Ini

Assalamualaikum semua


Pernah dengar tak penyakit SLE..Saya pun jarang dengar..Penyakit ni boleh berlaku kepada lelaki dan wanita..Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami oleh pesakit itu. Kaum wanita sangat berisiko untuk mendapat penyakit SLE ni tau. 


Apakah SLE?

Merupakan sistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus. SLE atau nama lainnya 'autoimun' di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang persakit itu sendiri. Ini boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ-organ lain di dalam badan. Lupus berasal dari perkataan Latin yang bermaksud serigala. Ini kerana menurut seorang doktor perancis yang mula-mula menjumpai pesakit iini mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.


Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis). Selalunya juga diiringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif iaitu ianya dapat dikawal. dan ada masanya menjadi aktif.


Terdapat beberapa jenis LUPUS;


  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) adalah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan "lupus". Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berusia di antara 15-45. Walaubagaimanapun sebilangan pesakit SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) yang merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik, dan mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh menjadi SLE di kemudian hari.
  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya bayi akan mengalami radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.


Siapakah Yang Berisiko Mendapat SLE?

Dianggarkan lebih kurang 90% mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita. 10% lagi adalah kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali berlaku semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


Tanda-Tanda Penyakit SLE ;



  • Demam, keletihan dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu.
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah darah putih atau sel darah  merah rendah


Bagaimana Untuk Mengesan SLE?

Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukan suatu yang mudah. Kadang-kadang doktor mengambil masa yang lama sehingga berbulan atau bertahun untuk mengesan itu adalah penyakit SLE. Itu pun kalau pesakit memang follow up dengan doktor. 

Pesakit sendiri sangat membantu dalam memberi info tentang gejala yang dialaminya. Saya boleh katakan pesakit dan doktor perlu sering berkomunikasi tentang gejala yang berlaku untuk memastikan ianya adalah SLE atau pun bukan.

Pemeriksaan melalui air kencing dan darah juga serta pemeriksaan fizikal sangat membantu untuk mengesan penyakit auto imun ini.

Tidak ada satu kajian untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat. Sukar untuk mengesan penyakit SLE ni tau. Ianya memerlukan beberapa ujian darah dan air kencing. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto-antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh. Kebanyakan pengidap SLE mempunyai antibodi antinuklear. Namun demikian penyakit auto-imun dan jangkitan lain juga mempunyai antibodi antinuklear. Kadang kala orang yang sihat juga mempunyai antibodi antinuklear ni.

Selain dari ujian darah ANA. ada beberapa ujian lagi anti-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE. 

  • Ujian anti-DNA
  • Ujian anti-Sm
  • Ujian anti-RNP
  • Ujian anti-Ro (SSA) 
  • Ujian anti-La (SSB)
Tidak semua pesakit yang menjalani semua ujian ni akan memperoleh keputusan yang positif dan tidak semestinya bila negatif mereka bukan pengidap SLE.



Biopsi ialah satu lagi ujian yang dijalankan untuk mengesan penyakit SLE dan ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu contoh tisu kulit untuk ujian antibodi antikardiolipin (antifosfolipid). Jika seorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini, terutama wanita hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta keguguran bayi. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosa SLE.

Ujian lain yang biasa dilakukan untuk memantau penyakit SLE adalah FBC (full blood count) , blood chemistry, ESR(erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing.

Pening kan menyebut ujian-ujian yang dibuat untuk kesan sakit SLE ni..

Rawatan Untuk Pesakit SLE


  • NSAIDs - sakit sendi dan otot atau demam
  • Hydroxychloroquine - rawat keletihan, sakit sendi, radang paru-paru, sakit kulit
  • Kortikosteroid
  • Immunosuppresif - membantu menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi.
  • Amalkan VIVIX iaitu suplemen yang bersifat semulajadi dan tinggi antioksidan serta bertindak meningkat sistem imun dan membetulkan sistem imun badan

Jom kita lihat testimoni yang berjaya dengan mengamalkan vivix.

" saya pengidap ulcerative colitis yang merupakan salah satu penyakit auto-immune. Kalau ikut kata doktor, sakit yang tak akan baik sampai bila-bila. Itu kata doktor kan, saya disahkan ada masalah ni sejak 2011. Makan ubat doktor selama setahun termasuklah steroid dan berbagai-bagai yang lain. Di samping ubat-ubat tu saya start amik vivix sebab saya berpegang vivix ada anti radang. Penyakit saya akan menyebabkan kulit saya kering sampai rasa boleh siat. Sakit di bahagian sendi. Sembelit dan kadang kala cirit. Cirit tu kira radang sangat aktif dan akan menyebabkan bleeding dan satu lagi hb memang sentiasa low. Alhamdulillah sejak amik vivix selama 2 tahun, saya rasa lebih sihat. Ubat doktor pun saya stop terus. Skang saya amik vivix konsiten termasuk omegaguard dan vitalea. Graf kesihatan makin baik. Hb pun dah berada paras normal. Cuma baru ni saya gatal tak bertempat gi stop vivix sebulan...hehe..radang tu say hi..hi..semula...hehehe..tapi bila dah on vivix semula..Alhamdulillah. Saya usahalah apa yang terbaik..memang perlu bersama vivix untuk satu jangka masa yang panjang, tapi itu lebih baik dari saya masuk ward dan habiskan duit RM14,000 sekelip mata.."


Woww RM14,000 tu..besar kos untuk rawatan SLE ni kan.. sekian untuk hari ni..sebarang pertanyaan dan order boleh terus hubungi saya..



Jika anda mahu beli sendiri online shopping..Gunakan kad debit atau kad kredit sahaja..Klik sini..












No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com