2.11.15

para suami jangan marah kalau isteri membebel

assalamualaikum semua dan selamat sejahtera..


Jom berbicara tentang membebel..haha...sape kat sini yang tak pernah kene bebel, sila angkat tangan!! huntunglah sape yang tak pernah kene bebel kan..yang kawan/saya nak cerita kat sini membebel untuk kebaikan je tau..bukan yang memaki hamun bagai tu..tak baik tu..sebenarnya masa tu nasihat diberikan panjang lebar..bukan membebel..yang melabel membebel ni kita la, orang kita..dalam kamus bahasa memang ada "bebel" ni..

  • dalam kamus pelajar edisi kedua maksud bebel adalah kata-kata yang berterusan yang keluar dengan tidak keruan...
memang tak keruan masa 'bebel' tu..tak kisahlah kan..membebel ni kita jadi tak suka  sebab mungkin masa dapat nasihat tu tengah penat ke, tengah makan ke, tengah tension ke, tengah ade masalah ke, baru masuk pintu rumah ke..kan..contohla si isteri mintak tolong suami masak kan nasi, then suami cakap dia penat..padahal memasing sama-sama kerja dan baru balik kerja dan baru sampai ke rumah..masa ni lah secara automatik tercetusnya pelbagai nasihat yang mungkin pendek atau panjang lebarnya..

pada kawan/saya lah kan..kata-kata keluhan dalam peristiwa 'membebel' memang selalu ade...contoh kita frust/kecewa sebab dah bagitau sekian-sekian tapi tak amik kisah..then sesuatu diluar jangkaan pun berlaku..biasa kita dengar.." kan saya dah cakap jangan pergi sana nak pergi jugak kan dah....."
hmmmm...

whatever kita cuba elakkan daripada masukkan unsur memaki, cakap perkataan yang tak elok semasa peristiwa 'bebel' tu ye..then elakkan jugak meninggi suara..suara kuat takpe kang slow dia tak dengar pulak..beza tau meninggi suara dengan suara kuat...menangis takpe..hehe...air mata bisa jadi penawar..elakkan jugak pinggan terbang melayang, naik kaki tangan ke..uikkksss..ade ke yang ganas gini..

kalau ade pape yang kita rasa tak puas hati..jangan kasi itu 'nasihat' pada masa tertentu iaitu :-

  • makan
  • baru masuk pintu rumah
  • tengah tengok television
  • tengah cek buku sekolah anak (pun ade jugak ke)
  • tengah sakit (kesian dia) yela perempuan ni walau tengah tak puas hati/marah ade lagi rasa kesian dia tu tau..selalu para suami yang ambil kesempatan atas kebaikan isteri..(tapi bukan yang tengah baca ni...orang lain..hehe)

okey bagi suami isteri yang sama-sama bekerja tu, mestilah bekerjasama dalam membuat kerja rumah ye..en suami tu apa la salahnya tolong isteri masak, basuh baju, mop rumah ke..ala seminggu 5 hari je ok dah...sejuk hati isteri nengok suami beliau rajin membantunya..

okey last jom kita hayati cerita ini...



Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.


Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".


Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"


Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."


Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku."

Sebenarnya 'membebel' ni terjadi kerana pada masa tersebut berlaku rasa tak puas hati tentang sesuatu perkara..dan benda tu akan bersangkut paut dengan perkara yang lain jugak..tu yang jadi panjang lebar ceramahnye tu..ala kalau kita tak luahkan nanti meruap kat dalam lagi susah..jadi dendam..lagi teruk...para suami kalau tak nak dengar pun jangan sesekali marah balik dan cakap isteri korang kuat membebel...buatla konon-konon korang tengah dengar (tapi buat tak tau pun) tak pun kalau marah sangat keluar rumah jap..pastu baliklah..jangan nak melepak tinggalkan isteri dengan anak-anak kat rumah ye..kita semua cuba untuk elak pergaduhan..


okey..mesti cuba..masa terbaik kalau nak berbincang ke ape masa nak tidur..masa ni memang tak bizi, tak tension, tengah santai..

yang mana nak 'membebel' boleh teruskan..takde masalah..'membebel' lah secara berhemah..tak kira suami ke isteri ke..semoga hidup kita aman, bahagia

kita keluarga bahagia..
sekian sahaja dari saya hari ini...semoga bermanfaat untuk kita semua..


No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com