3.11.15

Macam Mana Nak Lepaskan Geram?

Assalamualaikum semua
grrrrrrrrrr

Mari  kita cerita pasal lepas geram..korang kalau geram buat ape ye..kalau kawan/saya la kan..memang rasanya nak hempas-hempas barang, nak buang barang-barang yang ada berdekatan...baru puas hati..huhhh...

Tapi kawan takla buat macam tu...hehe...geram ni dah bercampur dengan marah..bila dua-dua bergabung maka lebih banyak tenaga diperlukan untuk melepaskannya...betul tak?

sebenarnya macam mana kita nak lepaskan geram, kita puas hati tanpa ada kerosakan barang, dendam dan menyakitkan sesiapa termasuk kita sendiri..apa nak buat ek?


  • yang boleh kita buat ialah bersabar...banyakkan bersabar...sabar lagi...dan lagi...memang kene sabar..dan sabar...masa tercetus je rasa geram tu terus fikir benda lain yang boleh redakan rasa geram tu...

contoh : geram sebab tudung awning husband basuh masuk mesin..patutnya basuh guna tangan je kan..dahla beli limited edition, harga 400 lak tu (ade ke) takde jual lagi dah...apa nak buat ni?  relax dan cakap takpe husband ku boleh beli yang mahal dari yang ni..lagi cantik..dapat 2,3 lagi..ni contohla kan...maknanya kita terus fikir sesuatu yang lain yang melegakan perasaan masa tu.


  • selain itu, kita cuba beristigfar bebanyak ketika kita tengah geram tu..kalau nak lebih puas hati istigfar kuat-kuat..
kalau kita cakap kuat-kuat rasa release jugak kan..kene banyak-banyak istigfar tau..tak pun berzikir la Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sampailah kita rasa hilang geram tu.


  • menulis...takkanlah tengah geram boleh menulis kan...tak semestinya kene guna pen dan kertas.memang tak sempatla nak cari...skang ni kita boleh type aje kan...sume orang pakai smartphone kan..
Mudah dan senang..tapi janganla pulak pegi post kat fb, twitter sume tu ye..taknak, taknak...just tulis/type pastu sendlah kat kawan baik ke, suami ke isteri ke..kepada orang yang anda rasa boleh legakan rasa geram anda tu..pastikan mereka ni orang yang tidak akan counter attack atau reject kita masa tu..orang yang boleh dipercayai.


  • agak susah nak buat dua cara di atas..kalau tengah geram tu anda tengah berdiri cuba duduk, kalau tengah duduk cuba baring...
Kalau geram kat mak cik kaunter pos takkan nak buat gitu kan...tengok situasi la..kalau ye marah kat mak cik tu puji je dia cantik comel..lote...confirm terasa lega sikit kan..haha..relax-relax

Geram lagi ke..hihi...apa pun cuba lepaskan geram dengan cara yang berhemah tau..jangan sakitkan orang lain, maki hamun orang (kalau nak maki hamun dalam hati je takpe)..lempar-lempar barang..taknak-taknak..mesti cuba bertenang okey..

Banyakkan bersabar...dan sabar..sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar...semoga bermanfaat untuk kita semua..

patahkan pensil kalau geram..hehe


No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com