17.11.15

Bersangka Baiklah Dan Jaga Percakapan Harian Kita

Assalamualaikum semua..selamat sejahtera


Hari ini kawan(saya) nak bercerita pasal cakap-cakap..sembang-sembang..ade orang bersembang atau bercakap mesti nak best punya..mesti nak dia the best..tapi adakah apa yang kita cakap tu memberi kesan yang baik dan orang ambil kisah???  

kawan tak pernah fikir sampai macam ni pun..biasanya besederhana je dalam berbicara..takut jadi riak dan sebagainya...bimbang orang menyampah dan tak suka...tol tak? 

Kita bercakap mesti ade jugak melibatkan orang lain kan..contoh.." ko tau tak mak cik Jemah tu beli kereta baru..keje jual nasi lemak je pun..bla..bla..bla.." okey memang perbualan macam ni dah biasa didengari kan. 

kita mane nak tau orang dapat ape ke, keje ape ke, beli tanah ke dia ade buat bisnes ke..pelaburan ke..dapat menang contest ke kan..mane kita tau semua tu..sebab itulah kita tak boleh nak pandang orang sebelah mata..kene pandang dengan kedua-dua mata tu...hihi..

Makanya adalah lebih baik tidak berkata yang tidak baik tentang seseorang itu atau pun bersangka tidak baik terhadap seseorang kerana merasakan dirinya lebih baik dari orang lain..hmm memang tidak baik..contoh yang jelas macam dalam komik ni..

sekali alphard ko....ko hado...

Makanya bukan kawan nak suh kita bagitau kat orang apa yang kita milliki supaya orang tidak berkata itu dan ini terhadap kita..TIDAK sama sekali..cumanya kita perlu jaga setiap percakapan supaya kita ni tidak sama sekali memperlekehkan orang lain..walhal kita sebenarnya tak kenal bebenor pun orang yang kita cakapkan tu..

Ye bagi ibu ayah yang dah ade anak..kawan pun same le...sentiasa beringat jangan cerita kat anak jangan jadi macam sipolan dan sipolin tu ye...tak perlu cakap gitu..kita pun bukannye baik sangat kan..

cukuplah kita didik dengan menggunakan contoh teladan yang baik..contohnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat, imam syafie ke..kan lebih baik..

Bercerita contoh teladan yang baik akan membuatkan kita terarah kepada berfikir tentang perkara yang positif..kalau kita petik nama orang yang 'mungkin' dia betol ade problem akan tercetusnya perasaan negatif seperti sangka buruk, silap sangka dan sebagainya..


Ok kawan harap kita semua tidak tergolong dalam himpunan orang yang berkata-kata yang sia-sia..insyaalah.

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com