4.11.15

Tips Semulajadi Legakan Batuk Berkahak

assalamualaikum semua


Hari ni kawan/saya nak share pasal tips secara semulajadi nak legakan batuk..uhuk..uhuk...adoi sakit tekak, sakit perut dan kepala..

Memang tak selesa kan bila kene penyakit batuk ni..saya memang suka gunakan bahan natural..

Nak elak dari makan ubat-ubatan..pernah jugak kene batuk dan selsema semasa mengandung..memang tak bagus amik ubat kan..

So memang saya amalkan tips yang akan saya beritahu nanti..setakat ni alhamdulillah melegakan dan kahak mudah keluar..


okey mari kita lihat apakah caranya :-


# air suam + limau + madu

Segelas air suam bancuh dengan sesudu kecil madu dan perahan air limau..limau ni boleh amik limau nipis atau limau kasturi..

Kalau limau kasturi sebiji pun dah ok..limau nipis 2 hiris..minumlah pagi dan malam..tak kisah sebelum ke selepas makan...bedal je..hihi


# kembang semangkuk + gula batu + air panas

Yang ni kita kene rendam kembang semangkuk ke dalam air panas..caranya bubuh kembang semangkuk tu dalam 3,4 biji gitu ke dalam air panas..

agak-agak tenggelam kembang semangkuk tu ok dah..pastu masukkan sedikit gula batu..kalau besar buhla sebiji je..kalau kecik buhla 2,3 biji ke..

okey..biarkan sampai kembang semangkuk tu kembang sekembangnya..then minumlah..buat 2,3X sehari pun boleh. tak kisah..yang kene jaga jangan manis sangat..


# makan vitamin C

Vitamin C boleh berfungsi juga menguatkan sistem imun badan kita..boleh juga cuba amalkan setiap-hari..dan ketika rasa-rasa tekak dah rasa len macam tu ye..

Makan waktu malam sebelum tidur tu..insyaallah pagi nanti akan ade perubahan.

testimoni vitamin C dan batuk berkahak
Sekian sahaja untuk kali ini..nanti kita cerita lagi ek..semoga bermanfaat untuk kita semua..

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com