Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera..
Today I nak share pasal Lecihtin. Lecithin merupakan salah satu produk shaklee yang biasa kita dengar orang yang nak hapuskan lelemak amik ni..okey jom kita teruskan cerita kita ni ek.
Apa kepentingan Lecithin?
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak (fat emulsifier). lecithin boleh didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya.
Apa yang terkandung dalam lecithin?
Asid Linoleik (essential fatty asid) - sangat diperlukan oleh badan. tapi badan kita sendiri tak dapat hasilkannya sendiri, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
Kolin- satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf.
Inositol - sebagai komponen utama membran/selaput set dalam tisu di seluruh badan.
kegunaan Lecihtin
Yang paling UTAMA adalah untuk memproses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
- memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol
- menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
- membantu kawal paras triglycerides.
- membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah
- mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
Penting untuk fungsi otak
Acethylcholine penting untuk fungsi otak iaitu berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan sebagainya.
Apa itu Acethylcholine?
merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasilkan dari cholin. Cholin mudah diperolehi daripada Lecithin. Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine - kerana 30% otak terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak dihati (liver) adalah lecithin
Baik untuk kaum veteran
Lecihtin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum veteran ini. selain itu sangat membantu mengurangkan berlakunya masalah pembuluh darah tersendat(sempit) yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.
Baik untuk penghadaman
Lecihtin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman. Bile berfungsi untuk mencairkan lemak dan pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat vitamin ADEK ke dalam badan.
Baik untuk Sel
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel. Cholin dan lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel tubuh badan kita.
Baik untuk kesihatan kardiovaskular (sistem jantung)
funsi utama lecithin adalah sebagai "fat emulsifier" ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
No comments:
Post a Comment