assalamualaikum..
Hari ni saya nak cerita pasal kampung saya..saya memang dilahirkan di rumah yang letaknya dalam hutan mase tu..jalan pun denai2 gitu..rumah tu dah takde dah sekarang ni. saya lahir tahun 1983...masa tu masih banyak tempat yang belum diteroka..jadi mak saya lahirkan saya kat umah aje..adela bidan kampung masa tu..okey kita teruskan dengan cerita oh kampungku..
nama:Kampung Lubuk Batu
sejarah kampung ni...
asal usul nama kampung Lubuk Batu
pada masa itu ade sebiji batu besar di sungai (sekarang sungai keratong) ditengah-tengah..mengikut kepercayaan masyarakat masa itu batu tersebut ade penunggu..dorang cakap batu keramat..antara cerita kenapa batu itu keramat ek...sebab:-
- kisah sorang cina pergi memancing dan duduk di batu tersebut...dan keesokan harinya beliau demam..beberapa hari pun belum sembuh lagi sehinggalah berlarutan..cina tu dah jumpa ramai bomoh atau tabib dan ada yang menyatakan beliau mesti pergi semula ke tempat memancing tersebut sebagai ikhtiar untuk sembuh..kemudian cina tu pun pergi balik ke tempat (batu keramat) mungkin dia memohon maaf ke ape...(dialog sebenar tak diketahui) dan kemudian cina tu baik dari demam..
- kisah orang kampung ketika itu nak mintak hujan, mereka pergi ke batu tersebut meminta untuk hujan turun..dan kebetulan esoknya hujan memang turun (mungkin secara kebetulan sebab hujan kan kuasa Allah)
- ketika air sungai banyak (akibat hujan lebat)..mereka mencari-mencari batu tersebut dengan kayu..namun tu tak dapat dikesan..sepatutnya boleh rasa dengan kayu tu kan..bila air surut ade je situ..
- ketika banjir besar berlaku..batu tersebut kukuh disitu tanpa dibawak arus...cuma tanah kiri kanan batu tersebut aje yang terjejas.
agak-agak sekarang ade lagi ke batu ni..entahla..saya pun tak pergi siasat..hihi
pembukaan penempatan
pada ketika ini kira-kira tahun 1950 an, kenderaan utama penduduk adalah perahu..boleh dikatakan setiap rumah mesti ade satu perahu..
Pelbagai urusan berniaga atau untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain masih menggunakan perahu.
Jadi orang dari rompin/bukit ibam nak pergi ke segamat akan melalui kampung ini..dan untuk berhenti rehat mereka akan bermalam di kampung ini atau hanya berhenti seketika..dan mungkin daripada peristiwa singgah ini tercetusnya pembukaan kampung ni.
Bermula dengan sebuah rumah sehinggalah ada kira-kira 10 buah rumah ketika itu..kebanyakan penduduk ketika itu berkahwin dengan orang johor (segamat).

cerita pasal masyarakat masa tu
Kehidupan mereka semua bergantung kepada hasil pertanian..mereka mengusahakan tanaman getah dan jelutong untuk dijual. tanaman ubi pun banyak masa ni..selain itu penduduk turun ke sungai untuk mencari ikan..kawan cerita sikit ek, dorang dah reti menuba.
Untuk menuba masa tu dorang pakai sejenis akar pokok yang boleh mengeluarkan susu tuba..mereka akan berkhemah di sepanjang pasir tepi sungai untuk merayakan pesta menuba..
Pada malam tu mereka menuba dan pagi-pagi esoknya mereka kutip hasil menuba tersebut..memang banyak ikan yang dorang dapat dari menuba ni..
Boleh kata aktiviti menuba ni dijadikan sebagai aktiviti bulanan..pada masa ni memang ada sebuah kedai runcit kecil yang menjual keperluan asas seperti garam,beras dan orang asli yang membuka kedai ini.

pakaian
Pada ketika ini mereka sudah berpakain lengkap..cuma ade segelintir orang asli masih memakai cawat sahaja.
Makanan
mereka makan nasi macam hari ni..pada masa tu padi dorang tanam sendiri untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual. memang takde jelapang padi..adela teknik dorang masa tu yang membolehkan padi hidup sehinggalah boleh dituai.
Masa ni daging kancil ke kijang memang mewah..senang-senang je boleh masuk perangkap..sekali dapat boleh dapat sampai 12 hekor tau..makan sampai jemu dah..
Sampai boleh buat binatang perliharaan..haha..sebab terlalu banyak maka dikurung dalam kandang..bila nak dilepaskan sang kancil dah taknak lari..jinak sudah...
Masa kenduri kendara memang sangat meriah..semua orang terlibat kecuali kalau uzur/sakit..contoh kenduri kahwin..
Pondok panjang dibuat untuk tujuan merewang/duduk-duduk..kira-kira jam 8 malam majlis berzikir diadakan sampailah pukul 3 pagi..berzikir ayat quran..memang ade kitab yang digunakan masa tu..
Kira panjang la sebab sampai 3 pagi kan..dah sementara menunggu majlis zikir tamat, geng perempuan memasak bubur kacang hijau..sebab selepas geng lelaki tamat berzikir, baru dorang boleh makan..kalau kawan kebulur dah..hihi

keagamaan
Surau kecil dah ade masa ni..imam pun ade..arwah moyang saya imam pada masa ni...saya tak sempat jumpa beliau..arwah atuk saya bilal..walaupun begitu masih ada sikit-sikit unsur kepercayaan kepada benda lain..contoh macam puja batu untuk mintak hujan..
Dorang main galah panjang, gasing dan nauma (yang ni permainan yang cungkil kayu pastu pihak lawan kene sambut) apa ke namanya..ade orang panggil cungkil buntut ayam..kelakar nama ni.
Masyarakat masa ni memang kuat tali silaturrahim dorang..just imagine kalau ade sorang sakit..mereka tidur kat rumah tu beramai-ramai dengan tujuan nak teman orang sakit tu..
Kalau ade kenduri pulak seminggu dah siap tidur kat rumah tu..lama ek..cukup je makan..tahap penghormatan orang muda kepada orang tua memang sangat tinggi..
Kalau jalan berselisih pun tunduk..dalam erti kata lain macam nak menyoroklah..tersangatlah hormat..kalau menegur pun takde masalah..aku boleh tegur anak ko, ko boleh tegur anak aku..takde masam-masam muka..sekarang kalau buat gitu kene saman dah.
permainan

sosial

Lepas banjir besar pada tahun 1970 an..ramai penduduk dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat/tinggi.
Kampung yang ada sekarang ni lah kampung yang dorang pindah tu..kampung ni dipanggil kampung lubuk batu baru..yang sebelum banjir dipanggil kampung lubuk batu lama..
Menariknya sebelum banjir besar, sultan pahang pada ketika itu akan berkunjung/melawat kampung lubuk batu setiap bulan..masa ni ade keraian untuk mereka..
Saya difahamkan sultan pada ketika itu adalah sultan Abu Bakar..wah rajin sultan ni turun jumpa rakyat jelata..berjiwa rakyat..lepas tahun 1970 takde dah sultan datang melawat...huhu
Cerita tentang kampung anda pula bagaimana? sekurang-kurangnya tahu sedikit sejarahnya kan..
wassalam..

No comments:
Post a Comment