7.6.16

SAKIT KEPALA : Sakitnya Migrain Datang Menyerang!

Assalamualaikum


Sakitnya kalau migrain datang. Nak buat ape pun tak boleh. Rasa nak baring je..Sebab kepala berdenyut-denyut kalau migrain ni kan. Jadi biasa solution yang paling cepat orang akan mengambil panadol aje. 

Migrain merupakan sakit kepala yang berdenyut-denyut dalam tempoh masa yang lama dan menyebabkan pesakit tidak dapat melakukan kerja seharian mereka.

Tapi apakah sampai bila-bila kita nak bergantung kepada pil panadol atau paracetamol ni. Mungkinkah ada cara lain untuk merawat migrain ni.

Faktor penyebab migrain


  • migrain terjadi akibat dari salur darah yang mengembang dan menguncup yang mana  membuatkan kita rasa sakit yang berdenyut-denyut.


  • migrain boleh dikatakan berlaku sebab faktor keturunan 

Tanda-tanda anda diserang migrain

  • kepala berdenyut-denyut di bahagian sebelah kepala atau kedua belah kepala
  • Rasa loya dan nak muntah
  • Pandangan mata melihat sesuatu yang berbintik-bintik, pancaran/gelombang cahaya
  • Tangan, muka dan bahu merasa kebas

Punca Migrain

  • Stress
  • Tidak cukup rehat atau tidur
  • Pemakanan -contohnya banyak penggunaan garam dalam makanan atau makanan yang banyak msg

Tips untuk menghilangkan sakit migrain

  • Duduk dalam tempat yang gelap

  • Mandi, basahkan kepala (ramas2 rambut) lepas tu tidur

  • Minum air elektrolit seperti performance drink

  • Minum air limau nipis atau kasturi

  • berehat dan tidur

  • Picit kepala..urutan yang melegakan..

  • Makan suplemen yang boleh membantu legakan sakit kepala iaitu set migrain 
  • B complex (vitamin B2 dan B6) membantu mengurang sakit kepala. bersifat anti stress 
  • Ostematrik mengandungi kalsium, vitamin D dan juga magnesium yang boleh membantu redakan radang migrain dan elakkan pembuluh darah dari kejang
  • Omega guard membantu redakan ketegangan dileher dan sakit kepala serta melancarkan aliran darah
Atau kalau nak hubungi saya dengan pertanyaan 

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com