Assalamualaikum
Tiba musim cuti ramailah orang yang buat kenduri kahwin. Banyaklah jemputan kahwin yang kita dapat. Dan salah satu aktiviti yang masih lagi dilakukan adalah merewang.
Rewang ni semua orang bekerjasama gotong royong untuk buat persediaan sesuatu majlis atau kenduri.
Kenapa kita panggil rewang? Sebab memang orang selalu cakap nak pergi rewang kenduri rumah tun teja...tak pun nak pergi nolong kenduri rumah kat timah..contoh gitula
Tak kirala rumah sesiapa pun. Budaya rewang masih lagi ada walaupun telah berkurangan. Maklumlah dulu mak2 kita kuat lagi tenaganya. sekarang dah tak berapa kuat.
Kebanyakan yang masih tinggal di kampung adalah warga veteran. Anak-anak muda ada jugak cuma kurang. Ramai di antara mereka yang bekerja di bandar.
Apa yang bestnya budaya rewang ni. Selain eratkan hubungan silaturrahim, masyarakat setempat dapat berkumpul bekerjasama untuk meraikan dan menyempurnakan majlis tersebut. Bukan setakat kenduri kahwin je tau. Kenduri doa selamat, cukur jambul ke, akikah ke..semua pakat pergi.
Positifnya masyarakat sini dorang tolong dari awal sampailah habis. Sebenarnya seronok ramai-ramai berkumpul, lepak-lepak, sembang-sembang kan. Sape yang pernah pergi menolong kat kenduri dia taula macam mana meriahnya.
Karaoke memang tak bestlah kalau takde kan. Antara item yang perlu ada time kenduri adalah dj dan jugak hiburan lagu2 yang best. kalau dj tu best memang bestlah semua lagu dia kasi dengar. Setakat yang penah saya pergi memang bestlah lagu2 yang diputarkan.
Masa inilah juga ada bakat-bakat baru memperdengarkan suara mereka. Walaupun ada juga yang pitching ke laut tak mengapa, itu pun dikira hiburan..tak kurang juga yang memang hebat vokalnya..
Meh nak promote sikit sorang akak ni memang feberet dia nyanyi lagu dangdut..siapa dia..Kak are' (dengan sebutan orang lubuk batu ye) kalau kenduri kahwin kat kampung, dia selalu hiburkan semua orang dengan lagu dangdut...meriah meriah!
Bosan dah ke membaca celoteh penulis ni..jom layan gambar pulak..baru syioookkk
proses memasak juadah untuk santapan tetamu |
sambil menunggu pinggan yang nak dibasuh boleh main game dulu..sempat lagi |
masak kenduri secara gotong royong memang syok.. |
terus memasak tanpa jemu |
bekerjasama mencuci apa-apa yang perlu dicuci |
pandangan dari jauh mereka sedang sibuk mencuci..bizi gayenye tu |
antara part yang penting ketika kenduri kendara |
bertungkus lumus nak memasak nasi |
kalau nak masak nasi kat kenduri bolehlah roger abang ni ye.. |
Semua gambar ni diambil oleh kameraman bertauliah masa kenduri kat kota bahagia 28 hb Mei 2016 baru ni. Kenduri sambut menantu berlokasi di Kota Bahagia atau femesnya orang panggil tabung haji..
sekian sahaja untuk kali ini..semoga ceria-ceria selalu..
No comments:
Post a Comment