19.10.15

Tips Nak Cepat Belajar Bahasa Inggeris

assalamualaikum semua




Hari ni kawan nak kasi tips bagaimana nak cepat cepat belajar bahasa inggeris..kita boleh kata nak mahir dalam percakapan dan juga grammar nye..cuma yang ini sikit aje tipsnye..yang lelain boleh follow tips yang cikgu bagi ye.


rajin baca buku yang berbahasa inggeris

nak terror english memang kene rajin belek dan baca buku berbahasa inggeris serta pahamkan..kene tau maksud setiap perkataan..sebutkan sebijik sebijik ye..jangan malas nak bukak mulut tu..biarlah sebulan 1  buku pun tak pe..kene buat..

Buat formula huruf vokal dan konsonan

macam mana tu..contoh:
Bang, Beng, Bing, Bong, Bung
Cang, Ceng, Cing, Cong, Cung
dan seterusnya sampailah abis konsonan Z.
tulis atas kertas lepas tu sebut tiap2 hari..ini adalah latihan lidah..kekadang kita ade pelat..hehe..insyaalah boleh betulkan..yang penting kene buat okey


rajin membaca surat khabar berbahasa inggeris

nak bagi kita biasa dengan bahasa inggeris harian.dalam paper ade slot sukan, fesyen, lifestyle..bahasa-bahasa setiap bahagian adalah berbeza..so kat situ boleh add vocabulary...nanti tengok citer omputih takyah guna subtitle dah kan..hihi..sekali sekala bacalah paper metro ke berita harian pun takpela..boleh je..

bercakap gunakan bahasa inggeris

kene guna ni..jika kat universiti memang buku pun omputih..memang dah biasa kan...tapi lum tentu terror jika tak apply dalam speaking..bukan masa present je tau kita guna..sekurang-kurangnya kita mesti apply masa berborak dengan kengkawan ek..biarlah depa kata berlagak ke ape...nak terror kene abaikan semua tu..ok faham..mesti kene buat. tak buat tak dapat.

rajin dengar lagu inggeris

bukan dengar sahaja ye..kene cari maksud perkataan yang tidak paham itu..memula pilih lagu yang kita suka..contohlah...pastu repeat lagu tu sehingga kita boleh tangkap setiap word dalam lirik lagu tu then yang tak paham maksud kene cari maksudnye...dalam erti kata lain kita perlu menjiwai lagu itu...

jadikan kamus kawan baik anda

Seeloknya gunakan kamus yang maksudnya juga dalam bahasa inggeris..yang kamus bahasa inggeris ke melayu pun guna jugak..mana tau ade yang kita tak paham jugak kan.


Okey...walaupun kawan dah tak fasih berbahasa inggeris, sekurang-kurangnya kawan dapat berkongsi tips yang pernah digunakan suatu ketika dahulu...semoga bermanfaat...bukan untuk saya aje...tapi untuk kita semua...

sekian..

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com