7.10.15

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

assalamualaikum wbt..

kisah hari ini kawan nak kupas pasal masa sebenarnya...kawan rase semua tahu pasal tajuk kita hari ni kan.
dah dekat waktu rehat..nak makan..tidur jap..sempat ni.



" manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sihatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati.
(HR al-Hakim)


ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..lagu raihan ade cite pasal ni...(cer sing a song sikit..hihi)

1- masa sihat sebelum masa sakit

apa yang kita buat masa sihat?? kerja kita, keluarga kita, ibadat kita...

masa sihat semua benda kita boleh buat tanpa ada masalah. betul kan..nak makan ape je..ape yang kita suka semua boleh makan..boleh buat kerja macam biasa, pergi jejalan..shopping dengan keluarga.nak pergi mana..jomsss..smooth aje kan..suka hati kita je nak buat ape.

masa sakit pulak..makan tak lalu.amik cuti sakit..tak boleh pegi kerja..kalau sakit biasa-biasa mc sehari dua je dak...kalau agak serius dah berhari dan berbulan..nak jejalan jauh sekali...nak bawak diri sendiri jejalan pun dah tak larat. apa lagi nak bawak family kan..masa ini tetiba kita terus fikirkan masa depan..siapa nak jaga aku..anak isteri(yang dah kawin) tak boleh nak kerja..

rasa nak undurkan masa ke masa sihat nak prepare elok2..nak kerja sungguh2..nak ot(kerja lebih masa bagi yang berkenaan) untuk aku dan keluarga aku..ibadat camne lak ye..kekadang masa sihat yang wajib pun boleh terskip..masa sakit nak bangun ambil wudhu' pun tak larat..masa sakit inilah dengan sedaya upaya mesti nak buat ibadat nak mintak pada Allah supaya bagi kita cepat sihat..ye ke idak..alhamdulillah tak tinggal pun..

kita bagaimana??

2- masa muda sebelum masa tua

ketika muda..darah muda..enjoy..segala aktiviti semua boleh buat..kebanyakan masa muda dihabiskan dengan belajar kemudian kerja dan berkahwin..

ketika menginjak usia tua..tidak semua perkara yang kita lakukan ketika muda kita masih lakukannya..kebiasaan yang kita lihat ketika usia inilah masanya untuk ke masjid..dah dekat masanya itu...kata mereka..sedangkan kematian itu pada bila-bila masa sahaja..

kita bagaimana??

3- masa kaya sebelum masa miskin

masa kaya..kita kira masa senanglah.beli kereta, moto, rumah..nak bayar hutang itu ini..pergi melancong..tengah senang..apa pun senang kan..nak sedekah pun senanglah..boleh beri banyak..

masa tak berapa ada..masa agak susah..masa ni..apa yang anda fikirkan..kenapa? why?
susahnya rasa..masa nilah bebanyak buat ibadat nak mohon rezeki melimpah ruah..

4- masa lapang sebelum masa sempit

banyak masa free ni..tapi terkadang tak sempat nak buat itu ini...kadang-kadang cepat-cepat kita buat sesuatu perkara tu.takut tak sempat..

contoh..kemas cecepat..nanti nak masak..nak pegi kerja..nak siapkan kerja kat tempat kerja lak...semua nak cecepat..

ibadat pulak cemana ye..cecepat juga ke??

masa sibuk agak-agak banyak mana masa kita dengan keluarga kita..balik rumah jumpa ngan anak kejap..pastu tidur..kita balik siap2 nak masak..buat itu ini..berapa lama je masa dengan anak..kekadang sibuk dengan gadjet..janji anak ada depan mata..tengok2 je..

kekadang masa kita banyak terbuang tanpa buat benda yang sepatutnya...

kita bagaimana??

5- masa hidup sebelum masa mati

masa hidup ni kita boleh cakap ape yang kita buat ketika masa sihat, lapang, senang..sebelum sampainya ajal kita..apa yang kita lakukan sepanjang usia kita itu..

siapa pun kita..apa pun status kita..pengurusan masa itu memang penting...supaya kita tidak tergopoh gapah..berusaha untuk buat ibadat di awal waktu...insyaallah jika kita banyakkan masa dengan urusan Allah..Allah akan berikan kita masa yang lapang dalam urusan yang lain pula..

tips : beli masa dengan mengaji..adakan masa untuk mengaji..insyaAllah ade urusan yang susah nak selesai boleh setel..mudah-mudahan..amin.


Allah juga telah bersumpah tentang masa..

surah Al'Asr (103)


1-3 (1)..Demi masa..(2). Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, (3) KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.



sekian untuk perkongsian..semoga bermanfaat..untuk kita semua.

lu

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com