6.10.15

sikit-sikit lama-lama jadi bukit...5 tips menabung

assalamualaikum wbt...

tercetus di hati ini nak nulis pasal menabung...memang selalu diingatkan oleh mak ngan abah supaya menabung...untuk masa depan katanya...masa kecil dulu ade la tabung..duit lebih belanja sekolah masuk dalam tabung...kadang tu ade belen rm 0.10 je..bolehlah..janji ada simpanan.nampak sikit je tapi jika berbulan, bertahun...dari sen boleh jadi puluh pastu ribu...kan banyak..tak rugi menabung ni...kekadang boleh guna di saat sesak kala hujung bulan..alhamdulillah sampai sekarang saya masih menabung..

# tips menabung

1- untuk yang bekerja tu..langkah pertama asing 2% dari gaji anda...sebulan dua..lepas itu naikkan sehingga 10%..ini adalah simpanan tetap ye..hanya digunakan kalau emergency aje.

2- bila dapat gaji tu terus asingkan untuk bayar hutang...lepas tu asingkan juga sekurang-kurangnya 30% dalam simpanan semasa..bukan ape..takut terlebih belanja je..bila dah asing kan makanya kuasa membeli dah kureng kan.

3- buat simpanan dalam akaun yang susah nak ambil duit..bukan ape.nak bagi kita berjimat dan berpada ketika berbelanja..

kawan bagi contoh simpanan ssp (sijil simpanan premium)..anda boleh beli ssp ni 1 unit rm10.00 kat BSN..dah mudah sekarang ejen BSN pun ade..beli 1 bulan rm10.00 pun ok dah tau..tak perlu buka akaun..guna mykad aje..dan...jika ade rezeki boleh menang hadiah cabutan bertuah ye..

4- adakan tabungan duit syiling.
makanya duit syiling yang terlebih lepas beli-beli barang tu bolehlah di let go dalam tabung tu..nanti hunjung tahun boleh disimpan dalam tabung haji pulak...kan dah boleh simpanan nak ke mekah..ade jugak niat nak ke sana kan..contohlah..

5- jika anda mahu melipat gandakan duit itu bolehlah buat pelaburan seperti beli saham/unit trust..

sebagai contoh..saham bank rakyat..dividen tinggi. kalau tak silap sekitar 15-20%..rm500 aje dibenarkan setiap orang..yang ni kene pegi bank rakyat sendiri untuk tanya mereka how to invest.

ada banyak jenis pelaburan..namun pastikan islamic ye..tak silap kawan insurans sekarang pun banyak guna sistem tabungan..kira boleh dapat dividen jugak dalam tempoh tertentu..

sikit-sikit lama-lama jadi bukit..selamat beramal semua..
tabung buluh


tabung ayam..femes gak tabung ni dulu kala..

buka akaun tabunghaji untuk anak bleh dapat tabung ni..

kawan-kawan semua...apa jenis tabungan tak kisahlah..asalkan kita ada simpanan di masa sesak dan di kala dah tak berkerja kelak..


sekian perkongsian kawan kala ini..semoga bermanfaat.







No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com