11.9.16

Tips Mengurus Masa Dengan Bijak

Assalamualaikum


Kita semua diberikan masa 24 jam sehari. tiada sorang pun ada lebih atau kurang masa. Yang membezakan kita adalah cara kita menggunkan masa sebanyak 24 jam itu.

Suka ami nak cerita pasal ibu bekerja yang sangat sibuk dengan urusan di rumah, tempat kerja dan juga urusan kerja sampingan. 

Macam mana ye mereka ni setelkan semua benda tu. lebih mencabar sekiranya ibu ramai anak..memang mencabar!


Bagaimana agaknya nak pastikan kita dapat urusakan masa dengan bijak. Jom ami kongsikan tip untuk pengurusan masa.

Tips pengurusan masa yang bijak

  • Buat perancangan - kalau anda tulis lebih baik, buat to list.
  • Mesti bertegas dengan masa - contoh set masa berada di dapur selama 2 jam, jadi gunakanlah ikut masa tersebut dengan efektif - ikut kesesuaian masa masing-masing.
  • Jangan tangguh kerja walau kerja tu tak berapa penting.
  • Elak nak buat semua hal dalam satu masa - nanti semua tak siap..ikut plan anda.
  • Bezakan hal kerja yang paling penting ke kurang penting - ini ikut anda lah. Yang mana mesti didahulukan buat yang itu dulu.
  • Buat sesuatu kerja dengan baik..tak perlu tergopoh gapah..elak mengulang buat kerja yang sama. nanti rugi masa.
  • Masa buat kerja jangan berangan, kalau berangan alamatnya lambatla kerja tu siap..


Ada banyak lagi tips yang mungkin anda tahu dan telah amalkan. Semoga kita berjaya merancang masa dengan bijak dan berkesan. insyaAllah..

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com