1.9.16

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Harus Tahu

Assalamualaikum 


Lumrah setiap wanita yang berkahwin mahu  hamil segera. Normal wanita berkahwin ni memula mereka tidak plan lagi untuk mempunyai zuriat. 

Anak kedua dan seterusnya nanti baru plan kan. 

Itu normal. Namun setiap rezeki kita telah ditentukan. kita hanya usaha, yang lebihnya bila untuk dapat zuriat Dia yang tentukan.

Bagi anak pertama memang takde pengalaman apa tanda-tanda, makanan yang perlu dimakan untuk kehamilan.


Apakah Tanda Awal Kehamilan


  • Lewat datang haid - tanda ini amat jelas bagi semua wanita yang periodnya teratur. agak sukar dikesan sekiranya period mereka tidak teratur.
  • Mual/morning sickness - tak semua wanita hamil mengalami mual2 diawal kehamilan. namun kebanyakan mereka merasa loya tekak, terasa mahu muntah atau sering muntah. bab muntah ni perlu ambil serius sebab anda boleh terhidrat. segera ke hospital untuk dapatkan rawatan.
  • Payudara terasa tegang, sensitif - Boleh nampak perbezaan payudara seakan bengkak. Tampak lebih besar dari biasa. jadi wanita hamil harus memakai bra yang sesuai untuk keselesaan.
  • Mudah sakit kepala - akibat dari perubahan hormon. ibu hamil biasa mudah sakit kepala sebab faktor fizikal yang dialaminya..contoh badan lemah, mual2 dan muntah. kalau sakit kepala anda dinasihatkan supaya tak ambil ubatan  tanpa nasihat doktor.
  • Rasa penat - Biasa ibu hamil mudah rasa penat. Rasa malas je nak buat sesuatu. nak baring-baring ke. peningkatan hormon progesteron  antara sebab ibu hamil mudah letih dan penat.
  • Perubahan 'mood' yang ketara - masa hamil emosi ibu memang tak stabil. sangat sensitif. mudah sedih, mudah sangat terasa. Jadi si suami kene paham situasi ini
  • Sensitif kepada bau - yang ni biasa kita dengar ada ibu hamil yang tak boleh bau minyak wangi. rasa nak muntah. tak pun bau nasi yang dimasak pun tak boleh..
  • Sering buang air kecil - normal ibu pada awal kehamilan kerap buang air.
  • Mengidam - mudah mengidam tau ibu hamil ni. kadang-kadang yang susah nak dapat. berusahalah si suami cari benda yang nak dimakan tu. sabar je lah. layankan aje.

Tanda-tanda ini adalah untuk langkah berjaga-jaga supaya ibu hamil dapat berhati-hati dalam melakukan aktiviti seharian.

Ini juga penting supaya ibu hamil tak buat kerja berat, lebihkan rehat. kerana janin baru terbentuk dan belum cukup kuat.
ibu hamil perlukan kalsium yang mencukupi untuk dirinya dan bayi

Sekiranya ibu hamil perlukan suplemen untuk menampung zat nutrien boleh rujuk sini.


Untuk pertanyaan dan order boleh terus hubungi ami
wasap/sms

010.920.2273


No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com