28.9.16

KEHAMILAN : Cara Cepat Mudah Hamil

Assalamualaikum



Kehadiran cahaya mata memang sangat dinantikan bagi pasangan yang telah berkahwin. Zuriat merupakan anugerah yang sangat indah. Anak juga adalah pinjaman sementara untuk kita di dunia ni.

Namun tak semua orang merasa kehadiran seorang atau lebih anak dalam hubungan mereka. Sebabnya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Sebagai insan kita haruslah kene  bersyukur dengan ketentuan Ilahi.

Di samping redha itu banyak juga yang telah berusaha bermacam-macam untuk dapatkan anak. Asyik main dengan anak sedara je kan. Teringin sangat nak belai anak sendiri.

Memang banyak ikhtiar yang kita semua sedia maklum. Ada yang pergi berurut, jumpa pakar sakit puan dan banyak lagi. 

Ami sendiri pernah menanti selama dua tahun untuk mendapat zuriat. Ami lalui aje tempoh tu dengan tenang. walaupun ramai yang bercakap2 yang negatif. 

Kita ni jenis positif. alhamdulillah. Tuhan maha kaya, pemurah alhamdulillah diberi putera yang baru menginjak ke usia 2 tahun.

Jomlah kita selami apa agaknya ikhtiar yang mungkin boleh dibuat untuk cepat dapat anak.



Tips mudah hamil


  • jaga pemakanan - amalkan pemakanan yang sihat, seimbang. pastikan kita pilih makanan yang berzat, elakkan minuman bergas, junk food..ni semua memang tak berkhasiat kan
  • berat badan ideal - tak dinafikan ada yang obes mempunyai ramai anak. dah rezeki dia. jika doktor menasihati anda supaya turukan berat badan, mungkin itu puncanya, jadi tak salah jika mencuba kan.
  • Buat Detoks - dalam bahasa yang mudah faham adalah servis badan. Buang segala toksin yang ada dalam badan. tujuannay adalah untuk kesihatan kita juga.
  • Lakukan hubungan intim lebih kerap - pahamlah kan..lebih kerap lebih besar peluang untuk hamil..ayuh bekerjasama suami isteri ya!
  • Ambil tahu waktu subur dan ovulasi - gunakan OPK untuk ketahui waktu subur. tak pun kiraan waktu subur bagi tempoh haid yang normal adalah hari yang ke 14-15.
  • Posisi seks yang betul - penting juga ni. kalau buat suka2 memang tak kisahla, untuk dapat anak haruslah betul supaya sperma boleh berenang ke ovum dengan selamat.
  • Elakkan tekanan - penting ni sebab stress boleh akibatkan hormon tak stabil, jadi camna nak fokus untuk zuriat kan..relax...
  • Jauhi rokok - kalau suami perokok mohon dihentikan, perempuan pun perlu elak berhadapan dengan asap beracun tu okey.
  • Elak minuman kafein - Supaya serapan zat nutrien lebih efektif
  • Jumpa dengan pakar - seeloknya berjumpa bersama-sama pasangan, sebab kita tak tahu siapa yang bermasalah.
  • Makan suplemen - asid folik sangat penting sebagai asas pembentukan janin, selain itu anda juga boleh ambil set hamil sebagai persediaan yang teliti.
  • Berdoa - dekatkan diri kepada yang Maha Esa.


Untuk pengambilan suplemen, ami cadangkan terus set hamil atau set kesuburan shaklee.

SET KESUBURAN WANITA



 SET KESUBURAN LELAKI




SET IBU HAMIL



Ada juga testimoni yang telah berjaya berdasarkan suplemen yang telah mereka ambil.

TESTIMONI 1
 " alhamdulillah..ikhtiar saya beli ubat depat puan farhah isteri saya dah mengandung..kalau boleh saya nak ubat fitness..pape saya maklum sebab saya dekat pengkalan tentera laut lumut, perak "

TESTIMONI 2

" alhamdulillah kak mas dah hamil 3 bulan. suami masih continue makan zinc dan bcomplex, alhamdulillah da sihat dan bertenaga.."
sekian sahaja dari meja penulis kali ni. Ami doakan anda akan positif hamil tak lama lagi. amin

untuk pertanyaan dan order wasap atau sms ami 010 920 2273.

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com