Assalamualaikum semua..
Tengah hari ini saya nak share beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk melembutkan hati anak atau suami. Untuk kebaikan,.Nak bagi dengar nasihat yang baik-baik aje. Bukan nak bagi tunduk kat kita..bukan tau..NO,NO,NO...
Baiklah beberapa Tips yang pernah saya pernah saya dengar dari ceramah ustaz atau ustazah dan juga pakar motivasi.
Apakah Tipsnya?
- Membaca surah As-Syura ayat 19. bacalah 19X tiup kat ubun2..buat masa mereka tengah tidur.
- Membaca surah al-Fatihah 70X. Yang ni buat selama seminggu berterusan. Caranya bacakan kepada air atau beras. Dah cukup 1 minggu baru beri kepada mereka yang kita nak lembutkan hati tu. contoh sebelum masak nasi..ambil segenggam beras berdoalah "Ya Allah Engkau lembutkanlah hati suamiku" doa mesti spesifik..
- Membaca surah Al-Fatihah ketika mereka tengah tidur. Tiup di ubun2nya. Buatlah selagi mereka baru lahir pun takpe..Untuk bayila. Insyaallah nakal2 mereka pun akan dengar kata juga. Anak nakal tu biasala kan.
- Membaca surah Toha ayat 1-6..pun sama kaedahnya dihembuskan ke ubun2nya.
- Doa ibu memang makbul..Tiada tembok..teruskan berdoa supaya dilembutkan hati mereka untuk menjadi insan yang mudah dengar kata dan nasihat yang baik..Mudah-mudahan insyaallah.
- Ketika memasak tu banyakkan selawat, zikir ya latif..bukan membebel tak tentu hala, mengumpat dsb..
Tips : Kalau berdoa haruslah spesifik..jelas apa yang kita mahu..dalam bahasa apa pun Allah akan paham..lagi 1 jika kita nak doa kita didengari Dia..kita juga mestilah dengar apa kata Dia. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang disuruh.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment