1.11.17

Cara Mudah Merawat Bengkak Susu

Assalamualaikum

Ibu menyusu mungkin pernah alami bengkak susu
atau sering kene bengkak susu

Bengkak susu ni terjadi bila susu tu patut dikeluarkan tapi tak keluar pada masa masa tertentu.

sebab tu lah breast jadi bengkak.

Bengkak susu akan jadi serius jika dibiarkan

Ibu akan alami demam, sakit pada payudara yang keterlaluan.


pengalaman sendiri


Saya pernah kene beberapa kali

Memang sangat sakit. saya biasa kene payudara belah kiri.

First masa tu baby baru 4 hari kalau tak silap..

Biasa dia memang kerap nyusu, malam tu dia bedal tido je..gap 3-4 jam baru bangun nyusu.

Kebiasaan anak saya 2 jam sekali mesti nyusu.

Jadi breast dah bengkak..belah kiri je la.

Bila dia nak nyusu je saya sua belah kiri..2X berturut-turut sebelah kiri je...then reda bengkak tu.

Kiranya yang belah kanan bagi jugak..selepas dah ok tak sakit breast belah kiri..

Masa ni rupanya anak saya kene demam kuning. agak tinggi jugak.

Misi kaba anak jaundis memang suka tidur. patutla pun.

Kemudian saya paksa anak bangun setiap 2 jam untuk menyusu. tak bagi tidur lama sangat.

Sebabnya


pertama supaya kuning cepat hilang dan
kedua supaya nenen ibu ni tak bengkak lagi.

First time ni kene bengkak susu..bengkak belum demam, jadi saya ikhtiar dengan cara df baby.


Kali kedua kene masa ni dah abis pantang pun. bengkak sebab tersilap jadual nyusu..haha

Cemana boleh silap ni.

Patutnya giliran belah kiri pulak..terbagi belah kanan je..ni time malam la.

Dah pagi-pagi breast rasa sakit. pun belah kiri..nampak sangat belah kiri banyak sangat susu.

Biasa sebelum pegi keje adik akan nenen..tapi tak lama pun. 15 minit camtu je

Dia nyusu main-main jek.

Dah sampai ke tempat kerja. pam ikut jadual macam biasa je

breast dah kurang bengkak. kurang sakit dah..tapi masih bengkak.

Kali ni saya tuam dengan air panas..takla panas sangat..tuam tuam kat tempat bengkak. memang susu mengalir..kaler susu cair je.

Saya ulang tuam beberapa kali sampai bengkak surut. DF macam biasa je.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Jika kita dah rasa breast sakit, bengkak..sebelum teruk better amik tindakan segera.

Sekurang-kurangnya kita tak merana sampai demam menggigil.

Selain itu saya nak kongsikan vitamin yang boleh membantu meleraikan susu yang telah tersumbat.

Lecithin memang terbaik untuk membantu ibu yang alami bengkak susu.


Jika sahabat semua nak beli lecithin untuk standby kat rumah. boleh hubungi saya ea..



No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com