Susu ibu adalah anugerah yang tidak ternilai.
Semua ibu memang berhasrat nak susukan anak sampai usia mereka 2 tahun. Saya juga begitu.
Perlu ke ilmu penyusuan ni?
maksud saya tambahan ilmu.. perlu ke dicari gali lagi.
adakah sudah memadai anak dah kenyang. kira ok dah tu..
Sebenarnya kan ada pelbagai jenis permasalahan dalam arena penyusuan. sampaikan ada pakar laktasi untuk bimbing ibu menyusu.
Tapi saya nak cerita pasal isi kandungan susu ibu je untuk hari ini.
Bukan nak cerita pasal masalah penyusuan ye. tu mungkin entri lain kali ye.
Dalam susu ibu ada susu awalan iaitu foremilk dan susu akhiran iaitu hindmilk.
Kedua-dua jenis susu ni diperlukan oleh anak kita untuk pertumbuhan atau perkembangan mereka.
apa ada dalam foremilk atau susu awal
ada banyak air. sebab tu kaler dia agak pudar, kurang pekat..seakan biru. kalau ibu perasan la. yang selalu perah susu mesti perasan kan.
tinggi kandungan laktosa.penting untuk beri tenaga, perkembangan otak dan hilang rasa dahaga pada anak.
jadi tak perlu risau kalau tengok susu cair tu..memang foremilk begitu kejadiannya.
Apa ada dalam hindmilk atau susu akhir
Kaya dengan serat, kalori dan lemak..lebih pekat dan warnanya kekuningan.
Hindmilk juga membantu bagi tenaga, tumbesaran anak dan mengenyangkan mereka.
Kalau perasan lepas pam susu, ada bahagian susu terapung kat atas. susu tu pekat, warnanya pun pekat.
Tu je saya nak kongsi hari ni.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment