31.12.16

Tahun 2016 Bakal Melabuhkan Tirainya

Assalamualaikum


Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya. Apakah kita dah bersedia nak menghadapi cabaran pada tahun hadapan.

Dengan kehidupan yang mencabar iman kita juga perlu teguh..supaya tak terleka dengan keasyikan duniawi yang sangat mencabar sekarang ini.

Apakah banyak perkara yang telah kita capai untuk setakat tahun ini.. atau masih banyak yang belum capai..

Apa pula tindakan kita untuk atasi target yang belum capai tu..uiiiih banyak benda kene fikir kan..Bukan mudah nak senang ye.

Sudah mempunyai keluarga, besar tanggungjawab. harus fikirkan hala tuju mereka. Apa keperluan anak2. Dalam konteks ni ibu ayah memang kene amik port. tak bolehlah ibu sahaja yang beri komitmen.

Bagi mereka yang dah ramai anak bersekolah, perbelanjaan telah disusun atur sejak mereka kecil lagi atau dalam perut. Saya yakin sekurang-kurangnya ibu ayah telah membuka akaun tabung haji untuk anak mereka. 

Betul rezeki anak2. Ada rezeki mereka masing-masing. Namun yang mencari rezeki itu adalah kita. ibu ayah sendiri. Jika kita tak ikhtiar mana datangnya rezeki yang banyak tu. setuju!

Hal perbelanjaan memang isu utama ketika menyambut tahun baru. Anak baru bersekolah, masuk darjah 1, tingkatan 1. Yuran dan buku sekolah sorang mungkin tak kurang rm300 sekarang ni. Itu baru seorang. Kalau ramai beribu diperlukan.

Jadi untuk elakkan masalah pening kepala pada awal tahun. tabungan untuk pendidikan harus dibuat khas untuk anak2.

semoga tahun 2017 memberi sinar kebahagiaan dan ketenangan kepada kita semua.

semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com