Assalamualaikum
Cuti sekolah dah bermula
Pastinya ada aktiviti yang anda dah plan untuk anak-anak
Tak pun ambil peluang cuti ni pegi holiday bersama keluarga
Mungkin ini masanya untuk eratkan lagi
Silaturrahim bersama atuk nenek , sepupu
Maka balik kampung aje..
Saya pulak ke mana agaknya
Kami sekeluarga ke bandaraya sejarah
Short vacation je
Jom kita layan gambar percutian kat melaka tu. Percutian 7 buah keluarga a.k.a rakan-rakan.
Kami ikut laluan segamat, lebih kurang 6 lebih gerak ke segamat dan breakfast kat sini. Lepas tu terus gerak ke Zoo Melaka.
Gambar jangan lupa ye..jom layan
Day 1 (28 hb November 2016)
Kami ikut laluan segamat, lebih kurang 6 lebih gerak ke segamat dan breakfast kat sini. Lepas tu terus gerak ke Zoo Melaka.Gambar jangan lupa ye..jom layan
Aktiviti makan malam kat sri serkam, makan ikan bakar, kerang rebus (kerang bakar takde) dan pelbagai lagi. Makan sampai se'eh..balik tidur lena...walah..
alhamdulillah semua makan dengan jayanya.. |
meeting lagi tuk aktiviti esok..kononnya.. |
Day 2 (last day) 29 November 2016
Pagi kitorang breakfast dulu, kemudian beli cenderahati di bazar yang berdekatan. Nak beli baju cap melaka ke, cencalok ke, key chain ke boleh la cari kat bazar. semua ada kat sini.
Selepas tu kemas barang untuk check out. Ada penyampaian hamper tau.. Setiap famili dapat. usah risau..
Kemudian aktiviti bebas, naik beca, naik kapal (river cruise). sebenarnya pemandangan malam cantik naik kapal ni.
Dah setel semua dah petang pun lebih kurang pukul 2 camtu makan tengah hari kat restoren berdekatan dengan hotel.
Lebih kurang jam 3 petang gerak balik. singgah ke klebang coconut shake..tempat yang agak glemer tu..kami singgah juga..
Minum petangla kiranya..memang lemak manis coconut shake sampai tak mampu nak habiskan..siap ada bungkus.
Sebenarnya ada berhenti kat tepi jalan sebelum nak ke klebang tu..nak usha kuih keria antarabangsa.. Tapi tengok keadaan orang beratur panjang..kami pun teruskan perjalanan..nengok je la..
Habis dah aktiviti di melaka ni..balik ikut highway. ikut jalan segamat.
Pukul 9 lebih gitu makan malam dulu kat segamat. baru gerak balik ke rumah masing-masing.
Kira-kira 11 lebih masing2 tiba di rumah memasing.
Disebabkan kami memang kerap gerak ke sana ke mari, maka memang apply solat jama' dan qasar. alhamdulillah sampai rumah boleh berehat.
Jom layan gambar lagi.
sekitar penyampaian hamper.. |
zaman kanak-kanak memang best.. |
operasi naik beca
kami bergambar je..hihi |
operasi naik kapal dagang melaka
sebelum naik kapal ok je..naik kapal je nangis..mujur dia tidur je lepas tu |
wajah-wajah sebelum naik kapal |
No comments:
Post a Comment