12.11.16

Pengasas Vitamin Tertua Di Dunia

Assalamualaikum


Siapa dia Dr. Forrest C Shaklee. femes ke dia. Kenapa nak amik tahu pasal dia ni?

Saya nak cerita pasal dia ni sebab dia dah hasilkan vitamin yang terbaik dan masih digunakan sehingga ke hari ni.

Dr. Forrest C Shaklee adalah pengasas Shaklee Corporation pada tahun 1956. Dr Shaklee yakin bahawa sains dan alam semulajadi jika digabungkan akan menjadi penawar terbaik kepada manusia.

Antara falsafah yang beliau pegang adalah Living in harmony with nature.

Sejarah Dr. Forrest C Shaklee

Beliau dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Lowa. Beliau dilahirkan dalam keadaan tidak menangis seperti bayi lain. 

Di uji pula dengan penyakit tuberculosis (batu kering). Doktor menjangkakan beliau hanya boleh hidup sehingga umur 8 tahun sahaja.

Sebab penyakit beliau, keluarga Dr. Shaklee berpindah ke kawasan utara Lowa iaitu kawasan yang segar dengan udara bersih tanpa pencemaran. 

Ini kerana pada waktu itu keluarganya tinggal di kawasan lombong arang batu.

Keluarga Dr Shaklee yakin penyakit batuk kering anaknya akan sembuh dengan keadaan udara yang bersih dan rehat yang secukupnya.

Zaman kanak-kanak Dr Shaklee dihabiskan dengan berehat dan melihat alam sekitar. Sehinggalah beliau meningkat remaja doktor sahkan tahap penyakit batuk kering beliau dalam keadaan terkawal.

Cuma belum sihat sepenuhnya seperti remaja lain.


Perkembangan kehidupan Dr Forrest C Shaklee

Beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca tulisan dan falsafah Bernarr Macfadden dalam majalah Physical Magazine. Dalam majalah ini ia menulis "dadah(ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit.

Beliau tahu bahawa berdasarkan pemerhatian beliau penyakit boleh diubati dengan kaedah semulajadi. Ini membuatkan beliau berminat dengan science of chiropracticcare.


Ini adalah vitamin pertama yang dicipta oleh Dr Forrest pada tahun 1915 pada ketika beliau menjadi chiropractors practitioner. Vitamin tertua ni sekarang ni Vitalea namanya..dah berusia 100 tahun lamanya.

Sebab keberkesanannya vitamin ini sangat berguna pada kita hari ni.

Pada 1917 beliau tubuhkan pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pesakit yang datang ke sini akan diberikan dengan diet yang kaya dengan vitamin sebagai usaha untuk pulihkan penyakit mereka.


Penyakit Kanser

Selain mengusahakan pusat rawatan tu, beliau juga banyak habiskan masa dengan mempelajari ilmu xray diagnosis. 

Pada masa ni orang tak tahu tentang bahaya sinar X. sampailah tahun 1921 Dr forrest menyedari sakit di Bahagian pinggul kanan dan bahu kiri.

Setelah berjumpa dengan pakar kanser. sememangnya sakit itu berpunca dari kanser. pakar memberitahu bahawa kanser boleh disekat dengan memotong bahagian lengan dan kakinya yang sakit itu. 

Memandangkan pada masa itu isterinya sedang hamil dan dia mempunyai seorang anak, beliau nekad menentang kanser secara semulajadi.

Penyembuhan Kanser

Beliau berusaha makan buah dan sayuran segar. selain itu beliau mengambil suplemen dengan dos yang tinggi.

Pada mulanya memang tak menunjukkan sebarang perubahan, namun beliau tetap positif dan teruskan juga rawatan secara semulajadi.

Penghujung 1922, beliau semakin sembuh dan semakin bertenaga. Maknanya beliau masih hidup!

Sel2 yang sihat dalam badannya berjaya mengalahkan sel kanser.

Dr forrest percaya bahawa dengan nutrisi yang bagus boleh bantu orang lain turut sihat. Dari sinilah bermulanya bisnes suplemen shaklee.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com