24.8.16

KANSER : Tanda-Tanda Kanser Usus Dan Tips Rawatan Secara Semulajadi

Assalamualaikum...


Bertemu lagi pada hari yang bahagia ini. Hari ni ada buang air besar tak?
Eh apa ami ni tanye tu pulak. Sebab hari ni ami nak cerita pasal kanser jugak. kali ni kanser usus atau kolon

Kanser usus berkait dengan sistem pembuangan air besar. Jadi korang yang ada masalah buang air besar tu mesti amik port pasal ni ok.

Fungsi Asas usus besar?

Menyerap air supaya najis yang terbentuk tidak berair. Orang yang tiada usus besar dikatakan boleh hidup macam biasa sebab usus kecil pun berfungsi serap air selain dari serap zat vitamin dan mineral.


Apakah gejala/simptom kanser usus


  • Najis berdarah - najis bercampur darah atau najis bewarna hitam (macam kopi)
  • Perubahan tabiat buang air besar seperti sembelit - contoh lain biasa hari-hari membuang, kemudian 2,3,4 hari baru membuang
  • Cirit birit - ini menandakan kanser usus di sebelah kiri
  • Sembelit dan cirit birit - kanser usus hampir tersumbat sebabkan najis keras tak dapat melalui usus besar. jadi pesakit akan alami sembelit masa ni. Najis yang tersekat ni akan 'membusuk' dalam usus, menyebabkan air kembali diserap ke dalam usus. pada masa ini pulak pesakit akan cirit birit.
  • Tidak berak, kentut atau muntah - masa ni usus dah tersumbat 100%
  • Hilang selera makan dan turun berat badan dalam masa yang singkat
  • Sakit perut - gejala ini selalu diambil mudah
  • Mahu ke tandas tapi tiada najis yang keluar - masa ni kanser telah memenuhi rektum. Ini menunjukkan bahawa rektum telah dipenuhi dengan sel kanser dan bukannya najis.


Ujian Kanser Usus

Ujian kolonoskopi akan dibuat untuk mengesan kanser usus. Tiub plastik serta kamera dimasukkan melalui dubur pesakit untuk melihat usus besar. 

kaedah ni memudahkan ruang usus dilihat dan sampel diambil sekiranya ada ketumbuhan.

Jika terdapat sel kanser dalam kolon, ujian lain akan dilakukan untuk pastikan sel kanser tidak merebak ke bahagian tubuh yang lain. 


antara ujian yang dilakukan adalah;

  • X-ray
  • MRI
  • CT Scan
  • Ultrasoud

Rawatan kanser usus

  • pembedahan dilakukan untuk membuang bahagian usus yang ada kanser
  • Kemoterapi 
  • Radioterapi
Rawatan ini bergantung kepada tahap kanser dan status kesihatan pesakit. 

Selain dari rawatan yang disediakan oleh pihak hospital, Pesakit kanser boleh mengambil suplemen seperti Vivix untuk bantu rencatkan sel kanser.

Vivix juga bantu pesakit untuk lebih bertenaga dan membantu pertumbuhan sel-sel yang baru.




Testimoni vivix kanser usus







Semoga bermanfaat. sekiranya ada pertanyaan atau order wasap ami 010 920 2273.

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com