19.8.16

KANSER : Awasi Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim

Assalamualaikum



Rahim adalah organ penting untuk tumbesaran janin atau kandungan. Sangatlah beharga bagi seorang yang bergelar wanita.

Kanser rahim boleh dikesan sewal tahap 1. jadi jika wanita tersebut dapat merasa perubahan pada dirinya dan segera dapatkan pemeriksaan, peluang untuk bebas kanser adalah cerah.

Barah rahim atau kanser pangkal rahim merupakan pembunuh senyap kaum wanita. Sebab sel kanser merebak dengan cepat. Jika terlambat mengesannya, peratusan untuk sembuh tu tipis.

kanser rahim boleh berlaku kepada wanita diusia yang muda. Jadi kita tak boleh pandang remeh hal ni. Sesiapa sahaja berisiko. 

Ujian pap smear mungkin boleh membantu untuk mencegah kanser rahim.

Apakah punca barah rahim 


  • merokok
  • Jangkitan Virus Human Papilloma (HPV)
  • Hubungan seks pada usia terlalu muda
  • Kerap bertukar pasangan seks
  • Keadaan wanita yang mempunyai daya tahan penyakit yang rendah - contoh pesakit AIDS

Tanda-tanda Kanser rahim

  • terdapat lelehan dari faraj yang berair dan berbau busuk
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Pendarahan pada faraj antara haid atau selepas hubungan kelamin
  • sebarang pendarahan pada faraj selepas menopaus (putus haid)


Kanser rahim terawal yang dikesan di Malaysia adalah pada usia 26 tahun. jadi kita semua harus berwaspada dengan tanda-tanda dan juga gejala kanser rahim ni.

Boleh dikatakan kanser rahim mudah untuk dikesan. contohnya bagi wanita yang telah menopaus. Ramai yang anggap darah yang keluar selepas itu adalah darah haid. Hakikatkan itu adalah tanda kanser rahim.

Jika wanita tersebut mengambil inisiatif untuk buat pemeriksaan, kanser tahap awal dapat dikesan dan boleh sembuh dengan rawatan yang ada.

selain itu, haid yang berpanjangan juga berkemungkinan merupakan simptom kepada tanda awal kanser rahim. Wanita yang sering mengalami pendarahan yang berpanjangan harus ambil serius akan hal ini.

Bagaimana pula dengan masalah haid yang tak menentu. Ia bukanlah faktor utama, Cuma berisiko untuk mendapat kanser rahim.


Rawatan kanser Rahim

  • Sekiranya kanser tersebut telah mencapai tahap 4, pembedahan untuk pembuangan rahim, termasuk tiub fillapio dan juga ovari
  • kemoterapi
  • radioterapi

Untuk wanita yang telah menjalani pembedahan pembuangan rahim, mereka ini kurang terkesan atas apa yang berlaku. Cuma perubahan hormon akan sebabkan perubahan emosi kepada bekas pesakit kanser rahim.

Jadi wanita yang terlibat harus kuat semangat untuk teruskan hidup dan boleh menyertai MAKNA untuk membantu beri sokongan wanita yang lain iaitu pengidap kanser rahim khususnya.

Selain daripada rawatan hospital, amalan pemakanan suplemen boleh juga membantu pesakit kanser rahim melawan kanser tersebut.

VIVIX adalah pilihan terbaik untuk penjagaan kesihatan mahupun mereka yang telah disahkan pengidap kanser rahim. 

Kandungan resveratrol sangat membantu dalam melawan sel-sel kanser dari terus merebak.

untuk order/pertanyaan
wa/sms
ami 010 920 2273






No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com