13.8.16

GOUT : Amalan Pemakanan Yang Perlu Dielak Oleh Pesakit Gout

Assalamualaikum 


Sedapnya udang karang goreng kunyit, sotong goreng tepung. Memang lazat. Namun adakah apa yang kita makan tu tak mengganggu diet jika kita ada penyakit?

Kalau tiada halangan untuk memakan apa sahaja bagusla kan. Semua boleh makan.

Sebenarnya kita boleh makan semuanya, cuma beragak-agak dari segi kuantitinya. contoh ami sendiri ada ekzema. kalau ikutkan tak boleh makan seafood. 

Tapi bila rasa nak makan, ami makan je. cuma kuantiti sikit. Maka takla ekzema tu datang serang sampai jadi teruk kan.


Kita ni sebenarnya doktor pada diri sendiri. Kita dah tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh makan. Jadi pandai-pandaila kita kawal pemakanan kan. 

Kalau kita boleh kawal diet kita, insyaallah kesihatan akan berada dalam keadaan baik.

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout;


  • Makanan yang bercengkerang - kerang, kupang, ketam, siput dan apa-apalah yang ada cengkerang

  • Daging merah - kalau teringin sangat 2,3 slice boleh la nak rasa

  • Ayam belanda - jarang orang makan, takpe ayam biasa dan itik boleh makan

  • Herring - sejenis ikan, tuna(sardin), ikan bilis pun elak kan dari makan

  • Sayuran - asparagus, cendawan, bunga kobis, bayam

  • Organ dalaman haiwan - hati, limpa, usus, perut tu semua takyah makan ye.

Minuman pun ada yang perlu dielakkan iaitu minuman bergas, minuman yang dibancuh tu, contoh sirap, sunquick, mana-mana minuman yang kaya dengan fruktosa harus dielakkan


Jadi pesakit gout dan orang yang terdekatnya harus ambil tahu tentang amalan pemakanan ni. Supaya gout tidak menjadi semakin parah.


Sekian sahaja semoga bermanfaat.


Iklan: nak order shaklee
wasap/sms
ami 010 920 2273

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com