14.2.17

Kenapa Bacaan HB Susah Nak Naik?

Assalamualaikum


Setiap kali buat pemeriksaan kesihatan ibu hamil, perasaan neves mesti ada. risau kalau2 ada yang tak kene dengan tahap kesihatan ibu dan bayi.

Lebih membimbangkan adalah jika bacaan Hb pada paras yang membimbangkan iaitu bawah 11. kalau 11 selamat..tu pun kira paras hidung.

Ada ibu hamil yang dah cuba pelbagai cara nak naikkan hb tapi tak naik2 juga.

Makanan yang membantu naikkan bacaan Hb secara semulajadi

  • Sayuran hijau
  • Buah delima
  • Kekacang
  • Kurma
  • Kismis
  • Kerang
  • Daging
  • Ikan aya dan ikan jaket (isi bahagian bewarna gelap mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.
Pelbagai benda makanan yang dicuba tetapi belum naik juga bacaan hb tu. Pening jugalah kenapa agaknya susah nak naikkan Hb ni. 

Ada juga kes ibu hamil yang memang asal dari anak pertama bermasalah hb rendah. Apa nak buat ni.

Sebab kemungkinan Hb sukar naik

  • Zat besi diambil bersama produk tenusu -  keadaan ni memang merugikan. kita dahla susah nak telan pil zat besi ni. Bau tak best, rasa tak sedap, pil besar. Pengambilan pil zat besi (iron tablet) bersama susu akan mengganggu penyerapan zat besi tersebut. Jadi untuk langkah selamat apa2 produk tenusu ambil 1-2 jam selepas makan pil zat besi.
  • Mungkin anda mempunyai penyakit darah iaitu thalasemia. Thalasemia ni merupakan penyakit kecacatan sel darah merah. Jadinya sel darah merah tidak membentuk dengan sempurna. Jika kerap rendah bacaan hb anda, ujian mungkin boleh dibuat.
  • Kadungan yang semakin membesar - keperluan zat besi harus dipertingkat kerana bayi sudah membesar dan memerlukan zat yang lebih..kena up dos zat besi
  • Diet seharian yang kurang ber zat besi - kita boleh semak semula pemakanan harian kita. kandungan nutrien memang harus teliti untuk keperluan ibu dan bayi
  • Suka minum minuman kafein - jarakkan masa jika anda memang sukakan minuman berkafein. minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan zat besi
Sekian sharing..

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com