Assalamualaikum
Ibu-ibu sangat seronok bila dapat menyusukan anak sepenuhnya. Memang satu kepuasan kan. Saya yakin ramai ibu yang dah cuba pelbagai petua untuk pekatkan susu ibu dan juga nak banyakkan susu ibu.
Jom saya pun nak share tips nak tambah susu ibu.
Petua nak tambahkan susu ibu
- Sentiasa berfikiran positif. sebab apa yang kita fikirkan akan mempengaruhi kehidupan kita. antaranya tentang penyusuan ni. sikap ni haruslah berterusan supaya susu akan terus bertambah..insyaallah.
- Gunakan teknik supply & demand - kerap susukan bayi kedua-dua belah payudara. semakin kerap menyusukan akan meningkatkan pengeluaran susu ibu.
- Banyakkan meminum air masak - untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu
- kosongkan payudara dan perah susu badan.
- Makan makanan yang boleh tambahkan susu badan - antaranya kurma, lobak putih, suplemen penggalak susu badan.
Untuk pemilihan suplemen, pastikan ibu-ibu haruslah memilih produk yang boleh membantu tingkatkan susu ibu, pekatkan susu ibu tanpa beri kesan tidak baik pada anak.
No comments:
Post a Comment