Assalamualaikum
Lega jika dapat membuang dengan senang dan tenang. Ini adalah nikmat kepuasan. Sebab kalau lama tak membuang badan kita rasa tak selesa kan.
Kalau jarang membuang pun badan rasa tak selesa. badan jadi berangin. kepala berat. sakit kepala pun ada.
kisahnya kalau tak sembelit okla lagi. Kalau sembelit tu yang jadi masalah. kadang rasa nak ter...tu dah terbayang sakitnya nak membuang. kalau kerap sembelit bahagian dubur boleh bengkak dan mungkin luka. itu sebabnya terasa sakit ketika hendak membuang.
Punca-punca sembelit
- Kurang minum air masak
- Makanan yang dimakan kurang berserat
- Sedang ambil ubatan yang boleh sebabkan sembelit
- Perubahan hormon - contoh ibu hamil mudah kene sembelit sebab perubahan hormon.
- Suka menahan waktu rasa nak membuang tu datang
- Terlalu bergantung kepada ubat pelembut najis -laksatif yang berasaskan natrium fosfat
Natrium fosfat yang ada dalam ubat pelembut najis ada dijual difarmasi. pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.
Ini kerana bahan aktif natrium ni berfungsi untuk memaksa air masuk ke usus besar untuk melembutkan najis. Jadi sekiranya diambil berlebihan boleh sebab dehidrasi.
Jika keadaan ini berterusan ianya boleh membahayakan kesihatan buah pinggang dan jantung dan akan sebabkan kematian.
Bahaya ke tidak sembelit ni?
boleh sebabkan kematian jika dibiarkan.. Adalah lebih baik sekiranya sembelit ni dirawat secara semulajadi.
Sembelit boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tak mengira usia. Baik bayi, kanak-kanak dan dewasa.
Bayi pun boleh kene sembelit ke? Kebiasaannya bayi yang minum susu formula mudah terkena sembelit. mungkin sebab susu tak sesuai, bancuhan susu pekat dan lain-lain masalah.
Kanak-kanak pula boleh alami sembelit sekiranya mereka pun kurang minum air, kurang makan makanan berserat dan suka makan makanan ringan.
Tips Merawat sembelit
- Minum air masak secukupnya
- Kerap makan buahan dan sayuran atau makanan yang tinggi serat
- Buat senaman supaya dapat meransang pergerakan usus yang sihat ketika membuang
- Ambil Suplemen semulajadi yang tiada kesan sampingan untuk bantu memudahkan proses pembuangan
Bagaimana pula dengan kanak-kanak. Mealshakes kaya dengan fiber untuk membantu melawaskan pembuangan bagi kanak-kanak.
Apa jua suplemen tidak sesuai kepada bayi berumur 1 tahun ke bawah.
Jadi sekiranya anda perlukan suplemen untuk bantu merawat masalah sembelit, boleh hubungi saya ami 010 920 2273.
No comments:
Post a Comment