22.1.16

adakah kita sudah bersedia dengan kematian?

Assalamualaikum semua..


Salam jumaat penuh barakah..lama saya tak mengepost di sini..semoga readers sentiasa diberi kesihatan yang baik..amin

Hari ni kita nak cerita pasal hal yang pasti berlaku pada kita semua..bila, bagaimana dan tarikhnya sahaja yang kita belum pasti..

Kenapa kita perlu ingat pada kematian..
sebab dengan ingat mati kita sentiasa bersedia untuk menghadapi saat kematian dan berusaha untuk melipatgandakan ibadat kita kepada pencipta kita..

Saya sendiri rasa sikit sangat amalan...so kalau macam saya ni lah tiba-tiba esok mati..rasa menyesal sebab bekalan sikit sangat..sebab tu kalau selalu ingat mati kita cepat dan rasa banyak2 nak dekatkan diri kita pada Dia kan.

Apa yang penting kita jaga solat..buat sehabis baik yang 5 ni..jaga kata-kata, jaga tingkahlaku, hiasi peribadi dengan akhlak terpuji...memang sukar nak menten..tapi itulah yang mesti kita jaga..

Banyak ujian untuk kita berbuat baik..banyak sangat bisikan -bisikan yang mengajak kita membuat dosa..hanya dengan takwa boleh kita tepis semua tu..saya mengingatkan diri saya sendiri dan juga saudara seislamku..

kawan-kawan pernah baca tak tanda-tanda kematian..start dari 100 hari sampaila hari kita mati?

Saya pernah baca..namun tak pastilah saya boleh merasaai tanda-tanda tu semua. sebab hanya orang yang betul2 beriman je akan tahu saat kematian yang nak datang tu..imam syafie sebagai contoh orang yang berjaya menyiapkan diri sampailah part nak tutup muka tu je yang dibantu oleh orang lain(adik beradiknya sendiri)..

Semoga kita semua sentiasa bersedia dengan kematian..sebab kematian tu pasti, anytime, anywhere..

Semoga bermanfaat..

wassalam.



No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com