28.5.15

L.O.V.E (perlu ke diungkapkan..diterjemah?)


Kasih dan Sayang

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera.

Ungkapan sayang, cinta, rindu jarang2 diucapkan bagi segelintir mereka yang dah kahwin, anak beranak dan yang sewaktu dengannya. 

Masa bercinta kan tiap sms kan mesti banyak dengan kata-kata luv u, miss u, see u..lebih kurang macam tu la kan. Bila dah kahwin sebulan awal or paling lama setahun kahwin ada lagi ungkapan ni. Lama-lama hilang lapuk dek hujan lekang dek panas. Biasala tu kan. Ini cerita orang yang bercinta & kahwin. Yang lain-lain macam mana? Contohnya anak beranak. Bila agaknya kali terakhir kita melafazkan kata sayang pada mak ayah kita? baru semalam ke? Syukur Alhamdulillah ade yang buat ni..

ramailah yang cakap..seganlah...ala tak yah cakap dah tau mestilah sayang gila terbabas kat dorang, buang tebiat ke apa cakap camtu..macam2 lg la..tak salah jika kita sekali sekala mengungkapnya. 

Orang-orang macam kita ni mudah tersentuh hati bila cakap macam tu kan(psyco)..orang melayu..lebih2 lagi orang veteran. Cer sekali sekala ucapkan kata sayang kat mak ke..contohnya sedap mak masak..sayang mak..cakap masa dah habis berbual dalam telefon ke..cuba buat..tengok apa reaction mereka yang berkenaan. Yang dah kahwin tu amalkan la selalu sehingga hujung nyawa. Bahagia rasanya kan dapat family macam nih..amin..

Kasih sayang juga kadang2 tak pun selalu pun ok ditunjukkan. Tadi kita ungkap je kan..action means something. Lagi tersentuh rasa hati kita kan..contoh kita bagi la hug kat pasangan kita sesekali kan. Sejuk hati si dia tu..yang suami hug dari belakang masa isteri tengah masak ke..memang bunyi macam ntah pape je. Tapi inilah sikap kita lagi2 orang pempuan ni yang ingin rasa disayangi dan dihargai..bila buat macam tu sekurang-kurangnya kita boleh rasa lebih mendalam perasaan sayang tu.. lebih kurang macam tu la..bagi la hadiah ke..kan sunnah nabi bagi hadiah ni..pahala lagi.. Tak payahla nak tunggu hari lahir, hari ibu ke baru nak bagi.

Saya nak kongsikan pengalaman seorang motivator semasa program yang saya ikuti. Saya turut merasa sebak bila dengar kisahnya. kita panggil A.

A ade seorang ayah yang amat  tegas. Bekas tentera katakan. Dalam rumah itu ada undang2, tetapi semua bagus kerana A dan adik beradik sangat berdisipin. Tetapi A seorang yang berani dan try gak nak peluk ayah dia. A nekad hari tu dia mesti dapat peluk ayahnya. Dan apa yang jadi selepas tu?...ayah A tak keluar bilik beberapa hari selain urusan makan dan tertentu sahaja. A rasa bersalah pastu hari2 duk mintak maaf kat ayah dia. Tapi ayah dia memang tak nak jumpa A. 

Sedihla sebab pasal dia ayah jadi macam tu. Satu hari si ayah panggil A nak jumpa 4 mata..hihi. Masa ni A dah ready nak terima apa pun hukuman (abislah kene bedal). Tak sangka ayah A cakap terima kasih (buat muka pelik). Tak lama lepas kejadian tu A dah tak dapat nak peluk ayah dia lagi sebab ayah A dah pergi buat selama-lamanya. innalillah..(cerita aku ni tak la sesedih mase A cite kat aku dulu..)


A berpesan kat semua peserta program supaya tunjukkanlah kasih sayang anda pada orang yang anda sayang selagi mereka masih hidup/bernyawa. Jangan menyesal bila mereka dah tak ada barulah kita rasa nak cium, nak peluk, nak cakap sayang..semua tu dah tak berguna lagi. Bagi sesetengah orang memang tak ambil peduli tentang ini, tetapi kesannya amat mendalam bila kita buat. Selamat beramal..



 lets spread the love to our love ones.

Wallahua’lam.


Sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com