29.5.15

Yakinlah dengan diri sendiri...pasti yakin apa yang kita lakukan..

DIRIku ini..insan biasa

Kali ni saya nak bercerita pasal diri kita..best juga kan. ada yang yakin pada diri ada pula sebaliknya. Ape pun yang terjadi pada diri kita sehingga hari ini haruslah kita bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya kita masih lagi bernafas di bumi ini....syukur Alhamdulillah. 

Aku nak jadi macam tu tak nak macam ni. Biasa la nak lebih   cantik, lebih kacak, lebih kaya, lebih pangkat. semua nak       lebih lah dari semua orang. 

Hakikatnya kita telah dilahirkan selayaknya seperti kita yang sekarang.Masih lagi belum cukup bersyukur dengan kurniaan-Nya. Alahai diriku. kenapa tidak sebegitu, sebegini dan sebagainya...hihihi..masyaAllah. kita kene banyakkan bersyukur supaya tidak bertanyakan banyak soalan kenapa mengapa aku jadi begini. 

kita hanya insan biasa yang hanya boleh merancang untuk menjadi seperti itu dan ini. namun sebaik2 perancang adalah Allah jua. kembalilah kepada Allah. Banyakkan bersyukur pada-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. amin.

Tips supaya kita jadi lebih bersyukur senang aje..tengok orang yang kurang daripada kita, orang yang di bawah kita, bukan yang lebih atau tinggi segalanya daripada kita. insyaAllah kita akan menjadi lebih bersyukur kepadaNya..mudah-mudahan.

yakinlah dengan diri sendiri.bersyukurlah kerana dengan itu anda akan lebih yakin..peace.
 sekian, wassalam.













No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com