Assalamualaikum
Dalam arena penyusuan banyak sangat ujian sepanjang tempoh tersebut.
Sebenarnya memang mencabar
dan cabaran itu sangat berbeza bagi setiap orang.
Ada seribu macam ujian diberikan
Namun jiwa kental ibu
diteruskan jugak asalkan si anak dapat susu ibu secukupnya.
Antara benda yang pernah terjadi adalah luka, melecet ada kalanya sampai berdarah akibat dari hal penyusuan.
Walau tengah alami melecet penyusuan tetap diteruskan.
Ada luka sikit susukan juga kan.
Melainkan kalau dah berdarah-darah kene rawat dulu baru susukan semula.
Nak cerita apa saje yang berlaku takkan menghalang ibu ibu nak susukan anak.
Hari ni saya nak share satu krim yang boleh anda gunakan untuk merawat puting yang luka.
Saya sendiri pernah alami dan biasa alami kadang kadang tu puting melecet.
Memula dulu melecet sebab pam tak serasi. Saya bekerja dan pam susu untuk bekalan anak kat rumah pengasuh.
Dah habis pantang mula kumpul stok. pakai pam manual. memula tak perasan pun puting melecet. tapi bila anak menyusu, terasa sakit pedih. pastu tengok kulit menggelupas. Saya teruskan jugak penyusuan macam biasa.
Sebab ransangan dari anak sendiri akan membantu banyakkan susu badan. Saya ikhtiar dengan sapukan susu sendiri kat tempat luka. Bolehla redakan rasa sakit tu.
Tapi saya pam susu hari-hari. Bila nak baik sepenuhnya ni. ada ke krim bagi cepat pulih luka puting tu?
Saya pun start google cari produk yang boleh tolong selesaikan masalah saya ni. saya jumpa pelbagai blog yang kata krim medela ni bersifat organik dan boleh sembuhkan luka cepat.
kebanyakannya feedback bagus.
kebanyakannya feedback bagus.
Kita memang yakin kalau orang cerita dari pengalaman sendiri. betul la tu.
Sekarang saya pulak share pengalaman sendiri pakai krim medela tu.
Kalau melecet dan rasa perit masa anak nenen atau masa pam susu saya terus je apply after sume tu lah.
kadang saya basuh dulu baru bagi anak nenen. tak pun bagu je tanpa basuh..insyaallah yakin organik.
Berapa lama dia boleh baik. dalam tempoh 1-2 jam..sebab tempoh ni gap menyusu dan pam.
kalau luka parah mungkin ambil masa sehari..dan bergantung pada kekerapan sapu krim tu.
Krim tu macam gam tau. sapu je macam ada rasa lekit sikit.
Kalau melecet dan rasa perit masa anak nenen atau masa pam susu saya terus je apply after sume tu lah.
kadang saya basuh dulu baru bagi anak nenen. tak pun bagu je tanpa basuh..insyaallah yakin organik.
Berapa lama dia boleh baik. dalam tempoh 1-2 jam..sebab tempoh ni gap menyusu dan pam.
kalau luka parah mungkin ambil masa sehari..dan bergantung pada kekerapan sapu krim tu.
Krim tu macam gam tau. sapu je macam ada rasa lekit sikit.
Tender care lanolin namanya..brand medela..
saya beli yang kecik je 2 oz RM 40.00 masa tu.beli kat lazada..
Jadi ibu-ibu boleh cuba pakai krim kalau ada luka kat area puting tu. insyaallah selamat dan berkesan.
Lepas sapu nak terus susukan anak macam biasakan pun boleh.
sekian, selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment