Assalamualaikum
Pam susu antara elemen yang penting kalau ibu mahu susukan anak dan masih lagi bekerja.
Saya sendiri pun puas survey nak cari yang ikut bajet dan jika boleh elektrik.
Pakai yang jenis elektrik jimat masa dan kurang penat. yang mana pakai manual takde istilah penat sebenarnya. apa saje untuk anak memang kita sanggup buat apa saja kan.
Walau kene bangun tengah malam untuk stok susu esok hari.
Ibu ibu sangat gigih.
Mantap ibu ibu!
Selain dari pam susu
penyedut susu pun ada jual
Penyedut susu yang saya maksudkan ni adalah silicon seperti haakaa tu. Tu bukan pam tau. fungsinya hanyalah menadah susu.
Tidak ada suction mirip sedutan bayi kita tu tau.
Jadi untuk stimulate susu semasa anak tiada disisi kita perlukan pam,.BUKAN silicon tu ye
Jadi bakal mommies atau dah jadi mommies kene alert tentang pam dan bukan pam.
Kalau kata susu keluar je..memang keluar. tapi ia tak berfungsi sebagai sedutan mirip anak kita tu.
Biasanya saya pakai silicone ni untuk tandem. anak menyusu sebelah saya tadah..dapatlah kadang tu 2 oz.
Antara tips mereka yang nak kumpul stok susu semasa anak di rumah memang pakai cara ni lah.
sikit sikit lama lama banyaklah
orait satu lagi kalau nak buat stok biarlah selepas anak dah sebulan..dalam tempoh sebulan tu tak pening fikir stok belum ada. enjoy the bf journey..skin to skin ngan anak.
Semoga success dalam menyusukan anak.
Sekian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment