Assalamualaikum semua
Gadjet ni merangkumi HP, Tab, Laptop dan sebagainya..
Kalau kita perasan zaman sekarang kanak-kanak boleh dipujuk dengan memberi gadget kepada mereka..lebih2 lagi kalau kita berada di tempat awam atau tempat lain selain rumah kita..mudahnya memujuk dengan HP..(saya pun tak terkecuali cuma limitkan masa aje). Perbuatan ini tak salah pun..
Setiap parents mesti punyalah stanby kartun atau lagu2 yang menarik atau game untuk anak memasing kan..memang sangat berguna untuk mereka..Cuma kita perlu hadkan aje..the best hadkan masa untuk bermain HP..contohnya 15 minit sahaja dalam satu-satu masa. Bukan ape ini memang sangat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak..
Cuba bayangkan kalau bangun tidur je anak dah diberi HP atau Tab supaya tidak mengganggu anda buat kerja rumah dan sebagainya..waktu tidur sahaja dia tak main HP..waktu makan pun mesti nak pegang HP..Agak-agakla apa akan jadi pada anak ini bila dia semakin besar? Dia tak pandai uruskan diri sendiri, kurang bercakap, tak pandai cakap..sebab Tab tak boleh berkomunikasi dengan dia, tak ajar dia cara bercakap dan sebagainya..Saya pernah terbaca kisah kanak-kanak yang buat treatment di pusat rawatan pakar kanak-kanak atas sebab terlalu taksub dengan gadget..ibu bapa dia sangat sibuk bekerja..bila kat rumah memang bagi anak dorang HP supaya tak ganggu mereka buat kerja rumah dan sebagainya..fizikal anak tu jadi tak normal..maksudnya kat sini perkembangan yang tak normal..
Memang nampak takde masalah pun, yelah kecik lagi,.kalau kita sedar awal nasib baiklah, kalau dah besar panjang macam mana ye? Oleh itu perlu dikawal penggunaan gadget sebelum something wrong berlaku pada anak kita..
Masalah komunikasi berlaku bukan pada kanak-kanak je tau..Yang dewasa ni pun sama je..pergi ke mana-mana HP penting tengok scroll dulu..sampai ke sudah tak bertegur sapa. Suami isteri bergaduh pasal HP pun ade.. boleh jadi masalah utama penceraian..mintak jauhla kan..Jadi kita perlu berpada-pada dalam penggunaan HP di rumah. Di rumah adalah "quality time" untuk keluarga..yang mana berbisnes apa nak buat kene jugakla kan..pandai2la uruskan masa untuk keluarga dan bisnes..
Sekian semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment