2.7.15

bayi jatuh katil? "7 perkara yang mesti mama ambil tahu

Assalamualaikum..

Entry kali ni kawan nak sembang pasal keselamatan bayi atau anak kecil ye..bukan mama je tau yang jaga bayi ni...papa or sesiapa je yang menjaga anak..semua yang berkenaan perlu ambil tahu..


  • Kita mesti tahu istilah perubatan (medical knowledge) dengan memeriksa tahap kesedaran bayi.


  • Awas! kebanyakan bayi berusia 5 bulan ke atas dah rajin bergolek-golek, berpusing. masa ni perlu pengawasan lebih ye..jangan biarkan si manja sengsorang atas katil..walaupun sesaat. sekali berpaling je boleh jatuh dah..


  • Tangisan si manja...yang ni sesiapa yang biasa jaga baby dia mesti paham...tangisan yang berbicara (dorang kan tak pandai cakap lagi) ada tangisan sebab sakit sangat, lapar, nak tidur..macam2 la lagi.


  • Bayi ni tak macam orang dewasa..otak mereka tersangat sensitif dengan sebarang hentakan.


  • Pastikan kalau nak tinggalkan si manje sengsorang letak je kat bawah...takla kita risau bila nak buat kerja rumah kan (yang ni kalau tinggal berdua je dengan baby).

  • Sila beri perhatian! ada jugak kes bayi tak menangis lepas jatuh. dia diam sekejap..ini dalam bahasa perubatan bayi anda alami hilang kesedaran sementara (loss of consciousness)..kalau tak sedar langsung cepatla ke hospital!


  • Jika mama masih was2 bolehla pergi ke klinik atau hospital. minta doktor buat ct brain pada kanak2 kurang 2 tahun..bahaya kita tak tahu kan...kalau ade benjol kat kepala risau jugak ade effect kat dalam.


seronok tengok bayi tidur..kiss sikit..muahhh.

Sekian perkongsian kali ini...semoga bermanfaat.










No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com