Bimilllahirahmanirrahim...
Update kali ni nak share pasal kulit kering dan bersisik serta cadangan cara pencegahannya.
penyebab kulit kering:
1. Faktor keturunan (genetik)
genetik keluarga sendiri biasanya berkait..jika mak ayah kulitnya elok je..mungkin ikut jenis kulit atuk nenek ke..pakcik makcik ke (ahli keluarga terdekat)
2. Struktur kulit
kulit akan terkena dehidrasi bila keadaan kelenjar kulit tak mampu beri cairan pada kulit. kesannya kulit kering.
3. Pola makan
tentunya sebab kurang nutrisi. kurang makan sayuran dan buahan. nak kulit lembap mesti makan gizi yang seimbang.
4. Faktor persekitaran
kulit kering berkait dengan keadaan persekitaran seperti udara yang tak bersih, contohnya wajah terkena sinaran matahari dalam tempoh yang lama.
5. Penyakit kulit
terkena penyakit kulit seperti eksim, prsoriaris dan lain2 yang boleh menyebabkan kulit jadi kering.
Tips pencegahan kulit kering
-gunakan pelembap setiap hari..supaya kulit kelihatan lembap.tips: pilih pelembap yang berasaskan air dan mengandungi nutrisi agar kulit tak kering.
-kurangkan atau hindari keadaan persekitaran yang terlalu sejuk yang boleh menyebabkan kulit bertambah kering.
-buat senaman kira-kira 30 minit dalam seminggu supaya kulit segar dan badan pun sihat
-jika slalu keluar pakaila krim pelindung uv. yang ade spf tu
-kurangkan mandi air panas (xdela panas mendidih...hihi) sebab boleh mengikis lapisan minyak semulajadi yang fungsi dia melembapkan kulit kita.
-minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. ini membantu menjaga kelembapan kulit.
-gunakan pembersih yang ada kandungan ceramide (merupakan molekul lemak yang menyusun lapisan luar kulit dan membantu menjaga kelembapan kulit.
sekian..semoga bermanfaat untuk kita semua..
No comments:
Post a Comment