assalamualaikum..
kali ni kawan nak share sikit info nak kurus..
Bila berbadan gempal atau berisi banyak atau gemuk (kasar bahasa ni), sudah menjadi lumrah manusia ingin tampil slim atau kurus (perempuan la biasa sangat nak kurus slim melim..lelaki kurang obses nak kurus)..yang kurus pulak mesti nak naikkan berat bagi nmpak berisi sikit..biasala tu gempal orang kata kurus pun orang kata..saya nak kongsikan sikit tips untuk anda yang nak kurus slim melim..yang nak tambah isi lain entry ok..
1- Tukar pola pemakanan
Maksudnya tukar kepada pemilihan makanan yang menyihatkan..kita masih boleh makan lima kali sehari. tetapi kuantiti yang sedikit dan makan makanan yang sihat.apa makanan yang sihat ni? makanan yang kurang berlemak, tiada kolesterol..ingat! kita perlu makan untuk dapatkan tenaga.
2- Ubah diet anda
tinggalkan makanan sejuk beku, makanan segera dan biskut2 yang biase makan bila free tu..gantikan dengan buah dan sayuran yang pelbagai warna dan khasiat..mmm dap..
gantikan snek2 manis dengan snek yang sihat contoh: kekacang, buah-buahan kering atau muesli bar.
3- Gunakan senarai beli-belah dalam keadaan perut kenyang
bila kita shopping masa perut lapar macam2 benda kita nak beli..beli yang bukan dalam senarai asal..maka terbeli lah coklat, jajan2 dan sebagainya..eloknya kita makan sikit sebelum menyoping..
lagi buat list apa barang yang kita nak beli dan ikutlah list tersebut ok..jika buat memang takkan terpesong beli bende yang bukan2 (ikut nafsu)..jangan lupa masukkan dalam list snek yang sihat.
4- Rajin baca label
biasa kita beli trus ambik je kan...nak cepat. banyak lagi tempat nak pegi shopping ni..nak kurus kenela teliti. pilih makanan yang rendah lemak dan rendah GI.
ada sesetengah karbohidrat baik untuk anda sebagai sumber tenaga seperti bijiran penuh, sayuran, buah-buahan, biji-bijian, kekacang dan sebagainya. biasanya makanan yang dah diproses mengandungi karbohidrat yang boleh naikkan berat badan.
5- Buat aktiviti senaman
senang je..berjalan senaman yang paling mudah. lebih rajin pergila berjoging kat taman mainan..boleh bawak anak2 skali beriadah.boleh juga kalau ikut kelas senaman sekali seminggu ke. buatlah ape2 aktiviti asalkan jantung kita berdegup pantas sedikit..
6- Rancang aktiviti sosial
time ni lah kene kawal nafsu ye..pelbagai jenis makanan disediakan daripada pembuka selera sehinggalah makanan utama..tips : anda makan sikit sebelum ke majlis makan2 tu.
lagi..elakkan makan makanan yang bergoreng dan berminyak..cuba pilih makanan yang segar dan menyihatkan.
7- Serius
yang ni paling penting. kene serius bab makanan memang kene jaga.bukan je kita dapat sihat tapi cantik..yela makan makanan yang sihat..sihat dan cantikla kan..kulit cantik. badan sihat.
8- Hari kelonggaran
maksudnya dalam seminggu adala sehari kita bebas makan ape yang kita nak...merdeka!.suatu ketika mungkin anda ternanti2 hari merdeka ni..tapi sampai satu masa bila badan dah rasa sihat..tabiat pemakanan dah meningkat baik, masa tu tak heran dah hari merdeka ni.
9- boleh mencuba set shaklee ni...
selamat mencuba!
sekian wassalam.