Assalamualaikum
Umumnya penyakit ni dah viral kan. Banyak sangat kes HFMD (hands, foots mouth desease) sekarang ni. Hampir seluruh Malaysia kes ni kian bertambah
Paling dekat dengan saya ialah kampung saya ada satu kes.
Banyak sangat ibu ibu yang share pasal anak dorang yang kene penyakit HFMD ni. selalu baca kat mukabuku. mereka selalu cerita mana dorang pergi sebelum kene infections tu.
Ada yang kata sebelum tu pergi bercuti..ada keluar rumahla sebelum jangkitan virus HFMD tu.
Maknanya virus ni senang berjangkit..merebak bukan saje melalui sentuhan tapi juga melalui udara. persekitaran.
Tanda dan Gejala HFMD
- Demam
- Sakit tekak
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam dengan vesikal (lepuhan kecil 3-7mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin.
- Ruam tu biasanya timbul pada tapak tangan dan tumit
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
Penyakit HFMD ni biasa kene pada anak yang berusia 10 tahun ke bawah.
Lately selalu sangat dengar kes ni kan. Kalau pergi mall bawak something untuk lap troli before letak anak. mana tahu kan virus tu masih tertinggal ke pada tempat tu. apa sahaja kegunaan public memang kene hati-hati.
Di tempat makan macam marrybrown pun dia tutup tempat budak main tu buat sementara ni.
Komplikasi HFMD
- Biasanya bersifat sederhana dan ruam boleh sembuh dalam tempoh 5-7 hari.
- Ada juga kes yang serius sehingga melibatkan sistem saraf dan jantung.
Pencegahan HFMD
- Mencuci tangan setiap kali sediakan makanan, baru lepas ke toilet, tukar pampers dan sebagainya.
- Menutup mulut ketika batuk dan bersin.
- Elak berkongsi tuala, pakaian
- Bersihkan mainan secara berkala
- Jauhkan anak anak daripada tempat awam seperti taman permainan, pasar raya sekiranya ada tanda-tanda jangkitan.
Rawatan
Tiada rawatan khusus untuk penyakit ni. Ibu bapa perlu juga mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
Doktor akan memberikan ubat sapu atau antibiotik berdasarkan umur anak.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment