Minyak Telon Yang Tak Panas Untuk Bayi

Minyak Telon Yang Tak Panas Untuk Bayi

Assalamualaikum



Sebelum bersalin salah satu item yang mesti ada dalam list ialah minyak telon atau minyak perut anak.

Penting sangat minyak telon ni supaya nak elak anak kembung perut dan rasa tak selesa sebab angin tak keluar.


Dua kali bersalin dan bermacam minyak telon saya cuba. Akhirnya satu saje yang serasi. Asalnya memang nak beli yang yang berapa panas. 

Tapi anak ni jenis mudah kembung. Bila disapu banyak kali dia jadi panas juga kan. pernah berjaga sebab anak tak selesa tu perkara biasa. Ujian beranak kecik.

Antara minyak telon yang pernah saya pakai adalah


Minyak yuyi cap limau











Minyak  telon anugerah. yang ni bau wangi











Minyak bayi mestika













Minyak yang saya gunakan sekarang minyak kelapa je..minyak ni dah dibaca dengan ayat Quran. Banyak gunanya. bukan sekadar legakan kembung anak. tapi juga macam macam masalah lain. 

Lagi satu kegunaan penting saya pakai minyak ni sebagai minyak celak..Nak elak anak nampak benda ghaib tu lah..

Biasa sapu kat semua sendi dia..



Dari abang sampai adik memang saya apply minyak ni je.
Kalau korang nak beli saya boleh tolong usahakan. Bukan saya jual tau.. Cuma tolong contact je.

















Satu keluarga saya pakai minyak ni. Anda pun boleh cuba juga tau. Mana tau serasi.


Apa pun minyak yang ibu pakai untuk anak. Pastikan mereka selesa dan serasi. anak tidur lena dan ibu pun boleh rehat dengan tenang.

Sekian perkongsian saya kali ni. Moga bermanfaat.
Tanda dan Gejala Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)

Tanda dan Gejala Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum



Umumnya penyakit ni dah viral kan. Banyak sangat kes HFMD (hands, foots mouth desease) sekarang ni. Hampir seluruh Malaysia kes ni kian bertambah

Paling dekat dengan saya ialah kampung saya ada satu kes.

Banyak sangat ibu ibu yang share pasal anak dorang yang kene penyakit HFMD ni. selalu baca kat mukabuku. mereka selalu cerita mana dorang pergi sebelum kene infections tu.

Ada yang kata sebelum tu pergi bercuti..ada keluar rumahla sebelum jangkitan virus HFMD tu.
Maknanya virus ni senang berjangkit..merebak bukan saje melalui sentuhan tapi juga melalui udara. persekitaran.

Tanda dan Gejala HFMD

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikal (lepuhan kecil 3-7mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin.
  • Ruam tu biasanya timbul pada tapak tangan dan tumit
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Ruam dan ulser penyakit HFMD

Penyakit HFMD ni biasa kene pada anak yang berusia 10 tahun ke bawah.

Lately selalu sangat dengar kes ni kan. Kalau pergi mall bawak something untuk lap troli before letak anak. mana tahu kan virus tu masih tertinggal ke pada tempat tu. apa sahaja kegunaan public memang kene hati-hati.

Di tempat makan macam marrybrown pun dia tutup tempat budak main tu buat sementara ni. 


Komplikasi HFMD


  • Biasanya bersifat sederhana dan ruam boleh sembuh dalam tempoh 5-7 hari.
  • Ada juga kes yang serius sehingga melibatkan sistem saraf dan jantung.

Pencegahan HFMD

  • Mencuci tangan setiap kali sediakan makanan, baru lepas ke toilet, tukar pampers dan sebagainya.
  • Menutup mulut ketika batuk dan bersin.
  • Elak berkongsi tuala, pakaian
  • Bersihkan mainan secara berkala
  • Jauhkan anak anak daripada tempat awam seperti taman permainan, pasar raya sekiranya ada tanda-tanda jangkitan.


Rawatan


Tiada rawatan khusus untuk penyakit ni. Ibu bapa perlu juga mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. 

Doktor akan memberikan ubat sapu atau antibiotik berdasarkan umur anak.


Semoga bermanfaat.



amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com