12.5.18

PRU 14 : Sejarah Malaysia Baru

Assalamualaikum


Saya terasa nak menulis tentang hal politik pada hari ini. Ianya tentang sejarah Malaysia baru.

Kenapa Malaysia baru?
kerana PRU 14 memperlihatkan perubahan besar pemerintahan tanah air tercinta.

9 Mei 2018 hampir semua rakyat turun mengundi demi tanggungjawab memilih bakal pemimpin yang baru untuk masa depan negara.

Keputusan PRU kali ini sangat lambat. Sis tak tunggu pun. sama macam sebelum ni..bangun pagi tengok result. itu saje.

Bukan sis tak kisah..Tapi siapa pun memerintah sis seperti biasa hanya mendoakan sis ahli keluarga dan umat Malaysia aman makmur di bumi Allah ini.

Namun ada beza sikit perasaan ketika nak tahu kerajaan baru PRU kali ini.

Pada hari mengundi sis ada rasa sesuatu yang akan berlaku..tak tahu baik atau tidak. 

Tapi berasa dalam hati ini sesuatu yang diluar jangkaan akan jadi. Ni start dari pergi mengundi tu dah berasa.

Sampai la terjaga kul 4 pagi..gugel..yes something big changed. 

Dari sebuah kerajaan yang dipimpin oleh parti BN dan kini diambil alih oleh PAKATAN HARAPAN.

Sis taknak ulas lanjut pasal parti. Cuma nak cerita tentang pemimpin yang memimpin Malaysia.

Inilah sistem demokrasi yang diperkenalkan dan rakyat berhak memilih siapa yang mereka mahu untuk mengetuai negara.

Jom kita recap senarai Perdana Menteri yang pernah mengetuai Malaysia



Perdana Menteri 1 (1955-1970) 15 tahun

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein.


tunkuabdulrahman




Perdana Menteri 2 (1970-1976) 6 tahun


Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Haji Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn.


tunabdulrazak






Perdana Menteri 3 (1976-1981) 5 tahun


Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.


tunhussienonn





Perdana Menteri 4 (1981-2003) 22 tahun




Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin BabaDato' Seri Anwar bin Dato' Seri Haji Ibrahimdan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.


tun mahathir



Perdana Menteri 5 (2003-2009) 6 tahun

Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Seri Haji Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak.


tun abdullah



Perdana Menteri 6 (2009-2018) 9 tahun

Dato' Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.


najib razak




Perdana Menteri 7 (2018- kini)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti yang berbeza dengan sebelum ini.

Rakyat memberi mandat sekali lagi untuk Tun Mahathir menjadi perdana menteri.

Sis doakan Malaysia aman sejahtera dan pemerintahan yang baru ini akan memberi ketenangan dan kesenangan kepada rakyat.

tun mahathir 




Sekian sahaja coretan sis kali ini..Sekian 

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com