26.3.18

Demam Campak : Tanda-Tanda Demam Campak dan Tips Merawatnya




Demam campak (measles) merupakan penyakit yang bahaya ketika di peringkat kanak-kanak.

Nama lain demam campak adalah chicken pox.

Ciri ciri demam campak

  • demam panas
  • ruam merah kecil
  • selsema dan hidung berair
  • batuk
  • mata merah berair(konjuktivitis

Bahaya demam campak boleh mengakibatkan komplikasi lain iaitu

  1. pneumonia (radang paru-paru)
  2. jangkitan telinga yang boleh sebabkan pekak
  3. Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah dan boleh sebabkan buta
  4. radang otak (encephalitis)
  5. kematian

Punca berlakunya demam campak

Berlaku disebabkan virus campak. Virus ni disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap.

Virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar.

Virus mampu bertahan selama 2 jam di permukaan yang terkontaminasi.


Golongan Berisiko

Bayi berumur kurang setahun
Kanak-kanak yang tak dapat imunisasi
Sesiapa sahaja yang tak pernah demam campak atau tak pernah dapat suntikan demam campak ketika kecil..

Rawatan

Tiada rawatan khusus untuk pesakit demam campak.

Kalau anak kita demam campak apa langkah awal yang kita kene buat?

Mestilah ke klinik untuk pengesahan atau rawatan sewajarnya

Kemudian penjagaan rapi supaya demam campak berlalu dengan baik.

Kalau ibu bekerja..memang kene cuti..sebab takkan nak biarkan pengasuh yang jaga..

Berjangkit pulak kat anak dia atau anak orang lain dan yang sewaktu dengannya.

Banyak perkara kene ambil berat


Anak demam campak. Antara benda yang pernah dikaitkan dengan demam campak ialah

tak boleh menggoreng di dalam rumah. dikatakan nanti badan akan jadi bisa
tak boleh mandi..sebab dah diajar mula dengan nenek, anak dan sekarang cucu pula

Jika demam biasa memang perlu mandi kerap atau dibasahkan badan. Kerana selain tujuan kebersihan mandi itu boleh membantu turunkan suhu badan yang tinggi.

Terpulang kepada individu.. Jika dirasakan bagus terbaik untuk anak sendiri..dan akhirnya kesannya bagus.ikut cara masing masing..

Jika bayi menyusu badan, ibu boleh main peranan dalam tingkatkan imun badan anak. contohnya dengan memakan vitamin C atau nutriferon.

Jika anak dah umur setahun ke atas boleh beri mereka mealshakes dengan kadar yang sesuai.

Pengalaman sendiri 


Anak kene demam campak pada usia 4 bulan. memang demam, mata berair, ada batuk sikit..
mandikan seperti biasa..

Saya menggunakan daun bidara untuk kurangkan miang campak tu
ramas-ramas..mandikan dengan air tersebut..kemudian bilas macam biasa.

Daun bidara bukan saje untuk mandiakan mayat je tau. banyak kegunaannya.

Kemudian lapik kain dengan daun bidara tadi..anak tidur atas lapisan tu..biasa malam je lah. waktu siang anak tidur dalam buai macam biasa.

Ubat memang takde pakai..termasuklah clamine tu. Jika ibu ibu nak guna boleh je..sebab clamine ni boleh kurangkan gatal bintik campak tu..


Dalam tempoh 5 hari barulah anak saya bebas campak..hari ketiga baru aktif nak main..menyusu pun dah banyak macam biasa.

sekian..

love

amynorami

No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com