29.4.16

Kenapa Aku Belum Dikurniakan Zuriat?

Assalamualaikum semua

Perkongsian pada hari ini adalah sebahagian apa yang saya rasa. Kenapa aku belum dikurniakan zuriat? Yang penting ini cerita tidak ditujukan kepada sesiapa ye..dah nama pun perkongsian kan..heheh

Baiklah setiap pasangan yang berkahwin memang dan semestinya mahukan zuriat. Cumanya bila waktunya mereka diberikan zuriat itu yang kita tak tahu. semua itu perancangan Allah yang maha berkuasa. 

Hadirin sekalian ada wanita yang diberi peluang hamil beberapa kali. Namun kandungannya gugur. Itu juga sebab belum masanya lagi dia dikurniakan zuriat. Saya sendiri pernah keguguran. namun tetap positif kerana ini semua perancangan Allah. dan saya yakin dia mahu memberikan yang terbaik untuk saya dikemudia hari. dan ujian yang Dia berikan mampu saya hadapi dengan tenang. kenapa saya cakap pasal ujian ni. sebab wanita yang belum dikurniakan zuriat memang sedang diuji. lebih -lebih lagi dari segi mental.

Ujian ni datang berbagai-bagai. ada mereka yang tak nak pergi kenduri sebab nak elak dari terkena soalan2 cepu emas seperti, Bila nak ada anak?, Belum ada isi lagi ke?, Anak dah berapa orang?, Mengandung dah ke, perut macam buncit je? perut kita pun menjadi perhatian. Sabar jela.

Terkadang tanpa kita sedar sikap kita sendiri pun sebenarnya belum bersedia untuk mempunyai zuriat.Contohla..kalau kita sesaje nak tolong jaga anak sedara yang masih kecil, tolong jaga kejap je pun. kita kene buat semua perkara untuk baby kan.. contoh kata kita bawak si kecil tu pergi kenduri, kemudian termuntah pulak baby tu dan terkene baju kita..secara spontan kita cakap aduh kotor habis baju aku..macam mana nak pergi kenduri ni.aduuuiii..panjangnye aduii..dah mengeluh bagai, belum lagi baby tu berak..dekat situ dah nampak kalau ada anak kita rasa tak selesa.Maka dengan itu berdua adalah terbaik buat kita. faktor sikap pun antara sebab yang terang kenapa masih belum dikurnia anak.


Kemudian dijadikan pula berbagai penyakit yang berkaitan dengan kehamilan, contoh cyst, fibroid dan sebagainya. berbagai-bagai usaha kita lakukan untuk ikhtiar dapat zuriat. kenapa Dia datangkan penyakit tu untuk wanita? agak2? Dia nak kita beri perhatian kepada Dia sebenarnya...apa kaitannya? Sebagai muslim kalau kita usaha semata tapi tak doa..tak jadi jugak kan. 

sebagai contoh je ni..mungkin A memiliki kekayaan dan mampu berusaha untuk buat pelbagai cara untuk dapatkan zuriat seperti IUI dan lain-lain, tapi masih belum ada rezeki lagi..dia pulak dah usaha, doa dah, solat hajat dah, pastu suami dia pulak dalam diam dah suka hidup berdua..jadi macam tak kisah dengan zuriat..mungkin ini juga sebab kenapa kita dia belum dikurniaka anak..takut2 nanti terabai..dah seronok hidup berdua kan.. 


Apa pun ujian yang datang ni, tempuhlah dengan positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. kalau kita dah buat sehabis baik untuk dapatkan anak, tapi masih belum ada lagi, itu tandanya Dia ada perancangan yang lebih baik untuk kita. percayalah..feel comfortable dengan orang sekeliling termasuklah kanak2..



semoga bermanfaat..



No comments:

Post a Comment

amynorami.com © . Designed by MaisarahSidi.com